Friday, January 8, 2016

Apa kena Mengena Bersedekah Dapat Rezeki?

Assalamualaikum

Ya, kalau anda tanya mana-mana ustaz, baca mana-mana buku atau tanya orang kaya raya pun kebanyakkan mereka mengatakan bahawa sedekah adalah cara paling ampuh untuk menjemput rezeki.

Salah satu rahsia dan formula paling hebat untuk menjemput rezeki melimpah ruah adalah dengan bersedekah.

Anda jangan percaya apa saya kata, tetapi anda buat dan rasakan sendiri dengan syarat anda YAKIN dengan Allah SWT.

Saya tidak mahu membuang masa anda lagi kerana saya tahu anda tentu ingin tahu apakah jawapan kepada soalan di atas bukan?

Jadi, hari ini saya ingin kongsikan dengan anda  Apa kena Mengena Bersedekah Dapat Rezeki?

doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezekiDr
sedekah menambah berkah

Apa kena Mengena Bersedekah Dapat Rezeki?


Prof Muhaya pernah berkata bahawa rezeki umpama air dalam takungan. Kalau air sudah penuh bagaimana mahu di isi lagi.

Jadi, untuk mengisi air yang baru anda perlu alirkan atau keluarkan air yang lama dalam takungan itu.

Begitu juga dengan rezeki kita kalau kita tidak bersedekah maka bagaimana rezeki akan masuk.

Ini misalan sahaja, ya.

Sebab itulah kita kena banyak berdoa dan bersedekah sebanyak-banyak yang boleh.

Maksud Sedekah


Ramai sungguh yang menganggap bahawa sedekah itu bagi duit.

Ya, memang betul. Tetapi itu salah satu sahaja. Ruang lingkup pengertian sedekah terlalu luas sebenarnya.

Jom kita lihat defini sedekah secara ilmiah.

Sesetengah ulama mendefinisikan sedekah sebagai membelanjakan harta atau mengeluarkan dana dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT.  

Ibn Manzur menyatakan sedekah ialah perkara yang diberikan kepada orang fakir kerana Allah SWT.

Dalam erti kata yang lain, sedekah merupakan suatu pemberian dari seseorang kepada orang lain yang memerlukan, tanpa dibatasi dengan masa dan jumlah yang ditetapkan. 

Daripada penerangan-penerangan tersebut boleh difahami bahawa sedekah ialah pemberian atau bantuan yang diberikan kepada sesiapa sahaja dengan ikhlas kerana Allah SWT.

Tidak kira duit, tenaga, buah fikiran, tolong angkat barang, tolong nasihat dan senyum pun di kira sedekah.

Hukum Sedekah 


Sedekah merupakan Sunnah Rasulullah SAW. Hukumnya adalah sama dengan infak.

Namun begitu, sedekah dan infak mempunyai berbezaan dari segi barangan yang dikeluarkan. Ini kerana sedekah tidak terbatas kepada harta semata-mata. Sedangkan infak berkaitan dengan harta.

Tuntutan Bersedekah


Sebagai umat Islam, kita dituntut membantu orang lain. Di bawah ini terdapat beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadith yang memerintah kita supaya bersedekah.


Firman Allah SWT dalam Surah At-Taghbun yang bermaksud:

“Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya “(At-Taghaabun 64:16)

Firman Allah SWT dalam Surah Al- Baqarah yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al-Baqarah 2:254)

Firman Allah SWT dalam Surah Al- Furqan yang bermaksud:

“Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu “(Al-Furqaan 25:67)

Rasulullah SAW bersada yang bermaksud:

"Berinfaklah wahai anak Adam, nescaya Aku akan memberimu infak (menggantikan infakmu)." (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW pula bersabda:

"Dan Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya." (HR Muslim)
Begitulah beberapa dalil atau hujah yang menujukkan perintah bersedekah dan berinfak dijalan Allah SWT.

Jadi, anda dapatkan jawapan kepada soalan Apa kena Mengena Bersedekah Dapat Rezeki?

Memang ada kena mengena. Bila anda mengamalkan bersedekah kerana Allah, pasti anda akan mendapat rezeki melimpah ruah.

Di tambah pula amalan-amalan yang terdapat dalam Panduan Rezeki Berkat dan Melimpah Ruah ini.

Jom kita berselawat dan berdoa agar dimurahkan rezeki.

No comments:

Post a Comment