Tuesday, January 5, 2016

3 Kebiasaan Yang Kita Tidak Sedar Boleh Mengurangkan Keberkatan Rezeki

Assalamualaikum

Pesan guru saya, antara contoh rezeki yang berkat bila kita makan nasi dengan ikan kering pun kita akan rasa kenyang.

Kalau rezeki tidak berkat kita makan nasi dengan lauk pauk bagai pun belum tentu kenyang.

Pesan guru saya juga, antara tanda orang yang rezekinya berkat adalah duit yang di perolehi dari hasil usahanya boleh membuatkan dia menjadi taat kepada Allah SWT.

Contohnya, walaupun dia bekerja sebagai seorang buruh tetapi dia mampu melakukan ketaatan kepada Allah SWT seperti bersedekah, menghadiri majlis ilmu, bersolat berjemaah dan segala yang lain.

Contoh rezeki yang tidak berkat pula, duit seseorang itu banyak tetapi dia tidak mampu untuk bersedekah dan menunai haji.

Ya, begitulah sedikit sebanyak perkara tentang rezeki yang berkat.

Sebagai seorang yang beriman. REZEKI yang berkat merupakan perkara utama yang perlu kita fikirkan sebelum kita berusaha mencari rezeki.


Kalau rezeki kita tidak berkat, maka rugilah kita dan sia-sia sahaja kita berpenat-lelah mencari rezeki.

Oleh itu, hari ini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa perkara yang Kebiasaan Yang Kita Tidak Sedar Boleh Mengurangkan Keberkatan Rezeki.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah SWT menjauhkan diri kita daripada amlan-amalan ini.

doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezekiDr
Poket kosong 3 Kebiasaan Yang Kita Tidak Sedar Boleh Mengurangkan Keberkatan Rezeki

Kebiasaan Yang Kita Tidak Sedar Boleh Mengurangkan Keberkatan Rezeki



#1. Suka Mengeluh


Sudah menjadi kebiasaan kepada kita kalau makanan tidak sedap kita komplain, kalau duit tidak cukup kita mengeluh, kalau anak bising kita marah-marah.

Cukup banyak perkara yang negatif yang kita buat sehari-hari sehingga luput rasa tenang dan gembira.

Bahkan yang lebih teruk lagi, hilangnya rasa bersyukur. Na'uzubillah..

Orang yang tidak bersyukur bermakna dia sudah lupa akan Allah SWT yang memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim (Maha Pengasih dan Penyayang).

Yakinlah dengan sebenar-benarnya bahawa Allah SWT amat menyayangi dan mengasihi kita.DIA tidak pernah berlaku zalim dengan kita.

Allah SWT menjanjikan kepada kita bahawa orang yang bersyukur dengan nikmat kurniaanNya akan ditambahkan lagi nikmat yang kita tidak sangka.

Bukankah segala nikmat itu adalah rezeki yang besar dari Allah SWT?

Apabila kita tidak bersyukur bermaksud kita mengurangkan rezeki yang bakal kita terima. Kalau kita dapat rezeki pun bimbang ia tidak berkat.

#2. Makan Makanan Yang Haram


Makanan haram yang masuk ke dalam tubuh badan kita akan menjadi darah daging.  Daging yang haram tempatnya di neraka.

Semoga kita dijauhkan Allah SWT daripada perkara yang haram.

Makanan yang haram bukan sahaja daripada zat yang haram seperti daging babi, anjing atau bangkai.

Tetapi sumber untuk mendapatkan makanan itu juga perlulah halal. Sebagai contoh sumber yang halal adalah tidak terlibat dengan rasuah dan riba.

Bagaimana rezeki kita mahu berkat kalau sumber yang kita dapat adalah dari sumber yang haram.

#3. Cinta Dunia Berlebih-Lebihan


Ya, Allah SWT mengurniakan kepada kita 24 jam sehari.

Cuba kita renung seketika, berapa banyak kita habiskan masa untuk bersolat sehari semalam.

Kalau satu solat kita hanya gunakan lebih kurang 5 minit, maka 5 kali sehari lebih kurang 25 minit sahaja yang kita gunakan.

Bagaimana dengan 24 jam 35 minit lagi?

Ada yang mampu menonton TV berjam-jam. Ada yang bershoping berjam-jam. Ada yang melayari internet lebih dari tiga jam.

Kalau musim perlawanan bola sepak peringkat dunia, ada orang yang sanggup bangun awal semata-mata untuk menonton TV.
doa murah rezeki     doa rezeki    amalan murah rezeki     ayat rezeki murah    zikir rezeki murah    zikir rezeki    surah murah rezeki  murah rezeki doa murah rezeki zikir murah rezeki amalan murah rezeki selawat murah rezeki tips murah rezeki petua murah rezeki doa mustajab murah rezeki doa panjang umur murah rezeki amalan untuk murah rezeki rahsia murah rezeki murah rezeki in english amalan zikir murah rezeki tip murah rezeki doa mohon murah rezeki rezeki murah himpunan doa murah rezeki surah murahkan rezeki 20 amalan murah rezeki amalan surah murah rezeki bacaan doa murah rezeki ilmu murah rezeki doa doa murah rezeki solat murah rezeki kahwin murah rezeki doa dan amalan murah rezeki wirid murah rezeki youtube doa murah rezeki amalan dan doa murah rezeki doa murah rezeki youtube ayat murahkan rezeki surah amalan murah rezeki rezeki melimpah doa amalan murah rezeki amalan doa murah rezeki amalan amalan murah rezekiDr
Bila boleh dapat rezeki rasa masak cili padi


Waalahu'alam...

Bukanlah saya mahu katakan aktiviti-aktiviti di atas tidak boleh dilakukan, tetapi kita perlu ingat bahawa tujuan Allah SWT menciptakan kita di dunia ini adalah supaya kita ingat kepada DIA.


Kalau kita asyik lupa kepada Pemberi Rezeki bagaimana ingin mendapatkan keberkatan Rezeki?

Oleh itu, saya sarankan sangat supaya anda mendapatkan Panduan Lengkap Untung Menjemput Rezeki Yang Diberkati Allah SWT.

Dalam ebook ini memang lengkap dinyatakan kaedah berkesan untuk mendapat rezeki yang diberkati Allah SWT. InsyaAllah.

Sebelum saya akhiri artikel ini saya ingin mengajak anda bersama dengan saya mengaku kelemahan diri kita yang sering lalai dan terpengaruh dengan dunia ini.

Pesan guru saya, buatlah apa sahaja yang kamu suka asalkan kamu sentiasa ingat Allah SWT dan tidak melanggar syariatNya.

No comments:

Post a Comment