Pernahkah terlintas di fikiran anda bahawa rezeki anda sedikit atau tidak cukup?
Hati-hati kalau anda pernah terfikir sedemikian. Ia mungkin hasutan syaitan.
Berhati-Hati Kalau Anda Rasakan Rezeki Anda Sedikit |
Berhati-Hati Kalau Anda Rasakan Rezeki Anda Sedikit
Ya, kita wajib yakin bahawa rezeki adalah milik yang Maha Pemberi Rezeki. Tiada yang lain melainkan Allah SWT yang maha pemberi rezeki.
Segala kenikmatan dan kesempitan yang Allah berikan hanyalah sebagai ujian semata, bukan sebagai penghormatan atau penghinaan.
Dengan ujian itu, akan terlihatlah orang yang bersyukur dengan orang yang bersabar, atau sebaliknya.
Ini kerana Allah SWT itukan Maha Mengetahui segala sesuatu. Allah Ta’ala berfirman,
فَأَمَّا الْإِنْسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ
(15) “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’”.
وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ
(16) “Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata, ‘Tuhanku menghinakanku'”.
كَلَّا
(17) “Sekali-kali tidak (demikian)” (Al-Fajr:15-17).
Hakikatnya, memang kita hamba yang lemah dan tidak tahu apa hikmah di sebalik sesuatu.
Serahkan sahaja kepada Allah SWT.
Seandainya kita bersabar dengan sedikitnya rezeki di dunia , maka Allah akan menggantinya dengan kenikmatan yang sangat besar di Syurga.
Lantas ia akan melupakan musibah yang dirasakannya sewaktu di dunia.
Dengan hanya satu kali celupan saja di Syurga, akan menyebabkan hilangnya seluruh lelah-letih dan derita sewaktu di dunia, meski ia adalah orang yang paling menderita sewaktu di dunia.
Perkara ini boleh dirujuk berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,
وَيُؤْتَى بِأَشَدِّ النَّاسِ بُؤْسًا فِي الدُّنْيَا مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيُصْبَغُ صَبْغَةً فِي الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُ يَا ابْنَ آدَمَ هَلْ رَأَيْتَ بُؤْسًا قَطَُّلْ مَرَّ بِكَ شِدَّةٌ قَطُّ فَيَقُولُ لَا وَاللَّهِ يَا رَبِّ مَا مَرَّ بِي بُؤْسٌ قَطُّ وَلَا رَأَيْتُ شِدَّةً قَطُّ
“Kemudian didatangkan orang yang paling sengsara hidupnya di dunia dari penduduk Syurga, lalu ia dicelupkan satu kali celupan ke dalam Syurga. Kemudian ditanya, ‘Wahai keturunan Adam, apakah engkau pernah melihat penderitaan sebelumnya sedikit saja? Apakah angkau pernah merasakan kesengsaraan sedikit saja?’ Orang itu berkata, ‘Tidak demi Allah, wahai Tuhanku, aku tidak pernah melihat penderitaan dan tidak merasakan kesengsaraan sama sekali sebelumnya’”. (HR. Muslim).Betapa hebatnya kuasa Allah SWT.
Jangan susah hati. Serah sahaja kepada Allah SWT. Kalau kita cari Allah SWT, insyaAllah rezeki kita murah.
Cuba anda lihat mereka yang selalu ikut panduan ini --->>> Panduan Rezeki Melimpah dan Berkat
No comments:
Post a Comment