Saya memang gemar makan ikan masak kicap. Kalau mak saya masak lauk ikan masak kicap memang jarang makan nasi tidak bertambah.
Bila sudah kahwin, isteri saya pula suka masak ikan masak kicap. Rezeki! Rezeki!
Rezeki Ikan Masak Kicap |
Rezeki yang banyak!
Ya, semua orang mahukan rezeki yang banyak.
Sebab itulah ramai orang sanggup lakukan apa sahaja aktiviti yang menarik rezeki yang banyak setiap hari.
Tetapi, kalau rezeki yang banyak belum tentu membahagiakan. Contohnya, orang yang ada rezeki duit yang banyak mungkin bimbang duitnya akan habis dicuri atau hilang.
Jadi, untuk mengelakkan hidup kita tidak bahagia walaupun rezeki ada banyak cuba anda amalkan 5 cara di bawah ini.
5 Cara Hidup Yang Menarik Rezeki
Dekatkan Diri Dengan Allah SWT
Hakikat sebenar, Allah SWT tidak pernah jauh daripada kita.
Kita yang berasa jauh dengan Allah SWT disebabkan dosa-dosa kita.
Kalau Pemilik rezeki iaitu Allah SWT kita jauhi bagaimana boleh untuk kita mendapat rezeki dan hidup bahagia.
Untuk itu, belajarlah mengenal Allah SWT dan usahalah menuju Allah SWT dengan sebarang jalan.
Contohnya, banyakkan berzikir, berselawat dan menuntut ilmu. Carilah guru-guru mursyid yang mampu membimbing rohani kita untuk dekat menuju Allah SWT.
Hidup Sederhana
Bukanlah maksud hidup sederhana itu memiskin diri dan menjauhi diri daripada kekayaan. Tetapi, hidup sederhana yang dimaksudkan adalah jalani hidup mengikut kemampuan.
Kebanyakkan manusia gemar menurut kehendak nafsu walaupun melebihi kemapuan sehinggakan mereka sanggup terlibat dalam rasuah, riba dan pecah amanah.
Orang yang hidup sederhana selalu merasa cukup dengan apa yang dia ada dan dia berasa bahagia.
Kebahagiaan adalah suatu rezeki yang besar!
Bersyukurlah
Kalau anda rasa diri anda tidak cukup rezeki. Anda tipu!
Cuba anda tarik nafas dan jangan lepas. Apa yang anda akan rasa?
Nafas adalah rezeki yang cukup besar, tetapi kita buat tidak perasan sahaja.
Setiap hari kita menyedut oksigen secara percuma. Bukankah itu juga rezeki?
Kalaulah Allah SWT hentikan memberi oksigen kepada anda, sudah tentu anda tidak boleh baca artikel ini lagi.
Itu baru sedikit nikmat atau rezeki yang kita nampak. Ada banyak lagi kalau nak dibincangkan.
Jadi, bersyukurlah. Kalau kita tidak bersyukur kita memang orang yang zalim.
Hidup yang dihiasi dengan syukur akan bahagia dan rezeki bertambah-tambah.
Bukankah Allah SWT menjanjikan untuk menambah rezeki bagi orang yang bersyukur?
Kenapa Perlu Perbandingan?
Untuk apa membandingkan diri kita dengan orang lain? Bukankan, setiap orang sudah ditetapkan rezekinya.
Belum tentu apa yang Allah SWT berikan kepada kita boleh dimiliki oleh orang lain.
Begitu juga apa yang Allah SWT berikan kepada orang lain, belum tentu kita boleh miliki.
Ini kerana apa yang Allah SWT berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita.
Bila mana kita sering membanding diri kita dengan orang lain, maka kita akan timbullah perasaan iri hati, tidak bersyukur dan selalu mengeluh
Keadaan ini memang merosakkan jiwa kita. Bahkah, hidup kita tidak bahagia dan rezeki pergi jauh dari kita.
Sedia Membantu Orang Lain.
Apabila anda dilanda masalah atau tekanan jangan berdiam diri atau mengambil tindakan yang merosakkan diri.
Tetapi, bergerak dan keluarlah untuk membantu orang lain.
Allah SWT amat sayang orang yang suka membantu orang lain.
Sudah ramai orang yang saya jumpa, bila mana dia suka membantu orang, Allah SWT kurniakan dia rezeki seperti badan yang sihat, duit yang cukup dan keperluan hidup tidak kurang.
Yakinlah, bahawa Allah SWT memiliki sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.
Cuba anda lihat orang kaya-kaya seperti Bill Gate, Steve Job. Walaupun dia bukan seorang Muslim tetapi dia suka membantu orang kerana di situlah kebahagiaan pada dirinya.
Itu baru 5 cara, kalau anda mahukan Formula Rezeki Melimpah Ruah Yang Memang Berkesan itu panduan di sini -->> Formula Rezeki Melimpah Ruah Yang Memang Berkesan
No comments:
Post a Comment