Friday, June 2, 2017

Kalau 7 Amalan Ini Anda Lakukan, InsyaAllah Rezeki Anda Tidak Putus- Putus

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sungguh!


Allah SWT amat sayangkan kita.


Dia tidak biarkan kita terkontang-kanting hidup di atas dunia ini dengan begitu sahaja. 


Sedangkan ulat dalam batu pun sudah siap rezekinya.


Apalah lagi manusia yang dibekalkan dengan sifat ilmu, kehendak, kurdat, pendengaran, penglihatan dan percakapan, tentu boleh cari lebih banyak rezeki berbanding ulat dalam batu tadi.

Kalau 7 Amalan Ini Anda Lakukan, InsyaAllah Rezeki Anda Tidak Putus- Putus
Kalau 7 Amalan Ini Anda Lakukan, InsyaAllah Rezeki Anda Tidak Putus- Putus

Semua sifat yang Allah SWT anugerah kepada kita boleh sahaja diguna untuk mendapat rezeki tidak putus-putus.


Ditambah lagi, panduan yang telah disediakan untuk kita melalui utusannya Rasulullah SAW. Kita tinggal ikut sahaja.


Begitu juga dalam bab mencari rezeki. Panduannya sudah ada. Kita tinggal ikut sahaja.


Baiklah, kita terus kepada tajuk asal artikel ini iaitu Kalau 7 Amalan Ini Anda Lakukan, InsyaAllah Rezeki Anda Tidak Putus- Putus.


Kalau 7 Amalan Ini Anda Lakukan, InsyaAllah Rezeki Anda Tidak Putus- Putus


1. Jangan berhenti berbuat amal.



Membuat amal tidak semestinya kita perlu menunggu sudah banyak duit atau kaya, sebaliknya dengan beramal kita akan menjadi bertambah kaya.


Sekurang-kurangnya kita membantu orang lain menyiapkan tugasan rumah, belanja makan, tolong hantarkan orang tua ke masjid dan sebagainya.


Itu semua boleh mengundang rezeki tidak putus-putus.

2. Berbakti Kepada Kedua Ibu Bapa



Kita wajib berbakti kepada ibu bapa kita. Berbakti bukan semestinya dengan memberikan mereka harta sahaja tetapi kasih sayang dan tutur kata yang baik lebih utama.

Hormati dan berakhlak mulia dengan mereka sehingga mereka rasa bahagia dengan kita amat penting sekali..


Dengan bahagianya kedua ibu bapa kita, sudah tentu mereka akan mendoakan perkara yang baik kita termasuklah rezeki yang tidak putus-putus.


Bukankah doa ibu bapa untuk anak mereka tidak ada hijab?

3. Menjaga Kebersihan



Tempat yang kotor disukai oleh siapa? Syaitankan.


Bila kita dekat dengan syaitan, agak-agak doa kita mudah dikabul atau tidak?


Tentu tidak kan. 


Jadi, jagalah kebersihan walaupuan di mana kita berada. Sebab itu, Islam ajar kita menjaga kebersihan.


Setiap kali hendak solat, sila pastikan pada diri dan tempat untuk solat mesti bersih dan suci daripada najis.
Bila kita bersih, mudah untuk kita beribadah dan mudah untuk kita berdoa dan rezeki akan datang mencari kita.

4. Menyayangi Binatang



Binatang adalah makhluk Allah SWT yang wajib kita sayangi.


Kajian mendapati orang-orang yang menyayingi binatang jauh lebih bahagia kehidupannya dibandingkan yang tidak menyanyangi bintang. 


Apabila kita bahagia, bukankah itu rezeki yang mahal harganya.

5. Bermunajat di tengah malam


Amalan bermunajat dan berdoa di tengah malam memang win kalau kita dapat lakukannya. Ia amalan yang agak sukar untuk diistiqomahkan.


Semakin sukar sesuatu amalan, semakin tinggi pahalanya.


Jadi, berdoalah di tengah malam kerana Allah SWT sentiasa mencari hambaNya yang ingin memohon ampun kepadaNya pada waktu malam.

6. Bersyukur ketika nangun pagi


Apabila kita bangun pagi, kita di ajar berdoa dan bersyukur kerana diberikan kehidupan oleh Allah SWT.

Orang yang bersyukur mendatangkan bahagia dan keseronokkan. Apabila diri kita bahagia, tenaga-tenaga positif akan menarik kepada kita.


Begitu juga rezeki. Ia lebih mudah datang kepada kita.

7. Bersyukur dengan Keadaan Saat ini


Dalam Al-Quran ada menyatakan jika kita bersyukur, nescaya Allah SWT akan tambahkan lagi.


Sebaliknya, kalau kita kufur, azab yang pedih bakal kita terima. Nauzubillah...


Hal ini memang selalu kita dengar tapi jarang dapat diamalkan kerana kita mudah terlupa untuk bersyukur dengan hal-hal kecil yang kita dapat.


Sedangkan itu semua adalah rezeki dari Allah SWT.


Oleh itu,  mulai saat ini, mari kita berubah.

Latih diri bersyukur walaupun kita dapat perkara yang mudah seperti dapat minum air milo, dapat parkir kereta dan sebagainya.


Begitulah Kalau 7 Amalan Ini Anda Lakukan, InsyaAllah Rezeki Anda Tidak Putus- Putus. 


Kemampuan untuk beramal adalah dari Allah SWT. Jadi, buatlah apa pekerjaan pun yang disuruh syariat tapi jangan lupa Allah SWT.


No comments:

Post a Comment