Friday, June 2, 2017

Video Doa Malaikat Saat Kita Bersedekah - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya.


Ramai yang sudah tahu kelebihan bersedekah kerana banyak kisah-kisah yang diceritakan oleh para pendakwah tentang sedekah ini.


Dua kelebihan sedekah adalah dimurahkan rezeki dan dihapuskan dosa.


Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi kelebihan bersedekah adalah mendapat doa oleh malaikat.


Doa Malaikat Saat Kita Bersedekah - Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid


Pada setiap pagi, Allah SWT menurunkan dua malaikat khusus yang akan mendoakan orang yang bersedekah atau infak.


Infak wajib atau infak sunnah.


Tetapi orang yang berat untuk memberi akan didoakan kehancuran oleh malaikat ini akan harta dan juga dirinya.


Tetapi bukan orang yang tidak mahu bersedekah kerana kedekut. Orang yang tidak mahu bersedekah kerana dia memang tiada harta tidak termasuk dalam doa kehancuran oleh malaikat ini.


Oleh itu, kita boleh ambil petua yang disarankan oleh Habib Ali Zaenal Abidin ini jika mahu mendapat doa malaikat setiap hari.

Petua mendapat doa malaikat setiap hari



Caranya adalah sediakan satu tabung khas untuk sedekah di dalam rumah. Setiap pagi masukkan duit seberapa mampu.


Seringgit, dua ringgit atau sebagainya.


Jangan diusik duit di dalam tabung itu. Bila sudah cukup minggu atau bulan terus sedekah kepada mana-mana tempat yang sepatutnya.


Penjelasan akan hal ini boleh dirujuk dalam video di bawah ini.




Malaikat adalah hamba Allah SWT yang taat dan tidak pernah ingkar perintah Allah SWT. Doanya terus kepada Allah SWT.


Makanya, jangan kita lepaskan peluang untuk mendapat doa malaikat.


Marilah kita beramal bersama.

No comments:

Post a Comment