Saturday, August 20, 2016

Doa Menguatkan Semangat Dan Murah Rezeki.

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Siapalah kita ni...


Kalau tidak dengan kasih sayang Allah SWT memang kita tidak dapat hidup di muka bumi ini.


Kalau tidak dengan iradat Allah SWT, mana mungkin kita boleh bernafas lagi.


Ya.
Doa Menguatkan Semangat Dan Murah Rezeki.
Usah bimbang, semangat!


Setiap yang berlaku. Setiap gerak diam makhluk tertakluk dalam kasih dan sayang Allah SWT.


Dia Maha Mengetahui apa yang baik untuk kita. Dia tidak sesekali menzalimi kita.


Walaupun Allah SWT jadikan kita hidup dengan ujian, tetapi Allah SWT menguji berdasarkan kemampuan yang Allah SWT berikan kepada kita.


Memang adakala Allah SWT biarkan kita rasa lemah semangat dan adakala kita rasa sempit rezeki.



Namun, Allah SWT tidak membiarkan kita terkuntang-kanting di atas dunia ini. Dia turunkan Rasulullah SAW untuk memandu hidup kita.


Untuk itu, kita wajib ikut Rasulullah SAW dan pewarisnya. Salah satu ajaran Rasulullah SAW kepada kita adalah dengan memperbanyakkan berdoa.

Doa Menguatkan Semangat Dan Murah Rezeki.


Barangkali sudah ramai yang sudah tahu akan doa ini. Cuma belum di amalkan.


Untuk itu, saya cadangkan kita sama-sama beramal dengan doa ini.


Mudah-mudahan Allah SWT mengembalikan semangat dan memurahkan rezeki kita.


Doa ini adalah daripada Rasulullah SAW sendiri.


Doa Menguatkan Semangat Dan Murah Rezeki.


“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesusahan dan kedukaan. Aku berlindung kepadaMu dari lemah kemahuan dan kemalasan.Aku berlindung kepadaMu dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepadaMu dari banyak hutang dan kezaliman manusia.”

Satu lagi, guru saya pesan kalau kita ada masalah hilang semangat mungkin disebabkan bebanan hutang atau sebagainya.


Janganlah sekadar berdoa tanpa melakukan apa-apa usaha. Itu satu fahaman yang tidak benar.


Allah SWT kurniakan kepada nyawa, kudrat, kehendak, ilmu, pendengaran dan penglihatan bukan untuk duduk sahaja.


Sebaliknya digunakan untuk melakukan amal kebaikan dan mentaati Allah SWT.


Guru saya kata, semangat kita hilang dan rasa rezeki kita sempit mungkin kerana kita tidak kenal Allah SWT.


Jadi, bertindaklah sekarang untuk mengenal Allah SWT melalui jalan yang benar. 


Ikutlah ulamak ahli sunnah wal jamaah yang masih Allah SWT tinggalkan untuk kita. Wallahu'alam...


Jangan lupa dapatkan 111 Formula Tarik Rezeki Melimpah Ruah. InsyaAllah berkesan.

No comments:

Post a Comment