Sebelum ini saya telah kongsikan dengan anda kisah benar orang yang mengamalkan membaca surah Al-Waq'iah yang diceritakan oleh Mufti Kedah.
Jangan Tinggal Surah Al Waqi'ah InsyaAllah Rezeki Murah |
Jangan Tinggal Surah Al Waqi'ah InsyaAllah Rezeki Murah
Hari ini saya ingin kongsikan pesanan seorang alim tanah air Malaysia yang cukup terkenal sekarang iaitu Tn Guru Dr Haron Din.
“Saya hafal sejak zaman ayah lagi..Ayah suruh kami baca surah al waqi’ah..Kami baca surah al waqi’ah Pada tiap-tiap malam jumaat dan ayah akan mengapalai membaca al waqi’ah dan dia latih kesemua anak-anak dia surah al waqi’ah,dan saya dapati betul..Ayah tidak meninggalkan sebarang harta..Emak hanya tinggalkan kedapa kami dalam 2 ekar setengah tanah tapi semua adik beradik tak nak dan kita waqafkan kepada sekolah S.A.R..Masing-masing berbekalkan dengan al Waqi’ah dan saya tak tinggal waqi’ah,dalam kereta,atas kapal terbang,di rumah nak tidur saya baca..so jangan tinggal waqi’ah..Orang-orang yang agak bermasalah rezeki ni baca waqi’ah..Kena yakin bahawa waqi’ah menjadi satu pendorong utama,tapi janganlah harap hari ni baca esok boleh jadi kaya..so beramal..saya beramal lama”
Surah Al Waqi’ah ini menjadi amalan keluarga Prof Dato Dr Haron Din..sejak dari kecil lagi bapanya(Lebai Din)mewajibkan anak-anaknaya menghafaz dan mengamalkan surah al waqi’ah sebagai ikhtiar murah rezeki.
Amalan ini memang ada asasnya
Amalan membaca surah Al-Waqiah ini memang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.
Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
Kisah seorang sahabat yang meninggalkan Surah Al Waqiah
Diriwayatkan Sa’ad bin Abi Waqas seorang sahabat Nabi s.a.w yang dilimpahkan dengan kekayaan tetapi hampir keseluruhan hartanya di infaqkan ke jalan Allah
Suatu hari ada sahabat yang bertanya kepada Sa’ad bin Waqas:”Kamu tidak bimbang nanti kamu mati anak-anak kamu jatuh miskin?”
Jawabnya:”Aku telah tinggalkan kepada mereka yang lebih baik dari harta yang mereka tidak akan diitmpa kemiskinan selama-lamanya
Ditanya kepada”Apa yang kamu tinggalkan kepada anak-anak kamu?”
Jawabnya”Aku tinggalkan kepada ank-anak aku dengan pesanan jangan tinggalkan surah al Waqi’ah”..
Penutup
Dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT, Dia tidak membiarkan kita terkontang-kanting hidup di dunia ini tanpa panduan.
Salah satu sebab dihadiahkan Rasulullah SWT kepada kita adalah sebagai memberi petunjuk kepada kita.
Apabila Rasullah SAW mengajarkan kita sesuatu amalan dan ceritakan kelebihan amalanya pula, kita wajib meyakini apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW dan Allah SWT.
Keyakinan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW adalah isu keimanan. Apalah guna hidupa kalau rosak iman.
Untuk itu, jangan tinggalkan Surah Al Waqi'ah InsyaAllah Rezeki Murah.
Jika tidak mahu amalkan surah ini pun tidak mengapa, tapi jangan hina orang yang ingin membacanya.
Waalahu'alam.
insyaAllah..sy sedang dlm proses mencari n ingin menghafal surah ini..doakan sy..:)
ReplyDeleteINSYAALLAH...AMIN
Delete