Thursday, May 18, 2017

Seorang Ibu Mohon Rezeki Duit Daripada Sheikh Abdullah Ali Jaber Tetapi Ditolaknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ


Barangkali, masih ada yang masih berfikir bahawa rezeki dalam bentuk duit lebih penting daripada segala-galanya dalam dunia ini.


Ya.


Memang benar, duit itu penting tetapi tidak semua perkara yang kita boleh beli dengan duit.


Untuk menambah keyakinan anda bahawa rezeki duit bukanlah segala-galanya, mari kita dengar apa kata Sheikh Abdullah Ali Jabir mengenai rezeki duit.

Sheikh Abdullah Ali Jaber
Sheikh Abdullah Ali Jaber

Seorang Ibu Mohon Rezeki Duit Daripada Sheikh Abdullah Ali Jaber Tetapi Ditolaknya


Sebelum anda melihat sendiri video Sheikh Abdullah Ali Jabir, apa kata ada baca dahulu transkrip (ikut ayat saya) yang saya petik daripada video di bawah.


Banyak rakyat Indonesia yang stress gara-gara rezeki. Bahkan rezeki hanya dikatakan duit.


Seorang ibu pernah mengahantar pesanan menerusi aplikasi what's app kepada Sheik Ali Jabir.

Ibu : Sheik tolong doakan saya.

Sheik pun berdoa: InsyaAllah, mudah-mudah panjang umur, sihat wal afiat, semua urusannya lancar.

Ibu : Amin, terima kasih Sheik. Tapi bukan itu Sheik...Mintak duit.

Sheik : Terus apa?

Ibu : Minta duit.

Sheik : Tadi ibu berkata, tolong doakan saya murah rezeki. Jadi saya doakan mudah-mudah panjang umur, sihat wal afiat, semua urusannya lancar.

 Ibu : Tapi Sheik tidak sebut duit.

Kita menganggap rezeki hanya duit. Padahal duit bukan segalanya.


Jika kita ada duit, bila sakit, kita boleh mendapatkan rawatan daripada hospital  yang termahal tetapi kesembuhannya belum tentu.


Ini bermakna rezeki sihat lebih berguna daripada rezeki duit.


Ada orang kaya-raya yang saya kenal tetapi tidak boleh tidur. Kalau mahu tidur kena suntik baru boleh tidur.

....

Malahan orang kaya itu mohon doa daripada Sheik supaya berdoa kerana dia takut kehabisan kekayaan dan dia jadi miskin.


Ya Allah...orang kaya takut miskin.


Sheik Abdullah Ali Jaber bukan menolak permintaan ibu itu untuk dapatkan duit tetapi Sheik menjelaskan bahawa rezeki bukannya duit semata-mata.


Anda noleh tonton video di bawah ini untuk lebih faham.




Jelaskan?


Rezeki bukan hanya duit walaupun hari ini banyak benda perlukan duit.


Tetapi belum tentu semua perkara perlukan duit.


Untuk lebih memahami panduan menarik rezeki melimpah ruah saya cadangkan sangat anda baca panduan --->>>111 Formula Tarik Rezeki.


Alhamdulillah, saya sendiri sudah membacanya dan merasainya.


InsyaAllah nanti saya kongsikan dengan anda apa kelebihan panduan 111 Formula Tarik Rezeki.


Saya doakan anda semua di murahkan rezeki.


Amin.

No comments:

Post a Comment