Friday, May 19, 2017

Video Ustaz Azhar Idrus Kelebihan Penghulu Istighfar

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita bakal menempuh bulan penuh keberkatan iaitu bulan Ramadhan.


Ada ulamak membuat perumpamaan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan untuk kita masuk ke gelanggang atau peperangan amal ibadah selelah kita berlatih di dalam bulan Rejab dan Syaaban.

solat taubat Kelebihan Penghulu Istighfar
Taubat dengan istighfar


Hal ini dirujuk kepada kisah Rasulullah SAW yang mana baginda telah meningkatkan amalan ibadat dari Rejab, Syaaban dan semakin hebat di dalam bulan Ramadhan.


Antara amalan yang amat digalakkan untuk kita amalkan adalah beristighfar.


Lagi banyak kita beristighfar dengan penuh ikhlas lebih baik kerana Allah SWT menjanjikan keampunan dan dimurahkan rezeki kita insyaAllah.


Cuba rujuk maksud hadith di bawah ini.

“Daripada Ibni Abbas Radiallahu Anhuma, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)

Video Ustaz Azhar Idrus Kelebihan Penghulu Istighfar


Baik.


Salah satu istighfar yang terkenal adalah Saiyyidul Istighfar ataupun Penghulu Istighfar.


Kelebihnya, sekali anda membaca penghulu istighfar ini samalah dengan anda beritighfar 1000 kali.


Anda boleh rujuk  Video Ustaz Azhar Idrus Kelebihan Penghulu Istighfar di bawah ini.



Lafaz Penghulu Istighfar


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،


Maksudnya :

Ya Allah, Engkaulah Rabbku tiada tuhan yang layak disembah melainkan Engkau. Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu. Dan aku tetap di atas perjanjian dan taatsetia terhadapMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui segala nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosa yang aku lakukan, oleh itu ampunilah dosaku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa melainkan Engkau.

Kelebihan Lain Penghulu Istighfar



مَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا ، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ ، قَبْلَ أَنْ يُمْسِىَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ ، وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا ، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ )

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Marilah sama-sama kita amalkan istighfar ini. Kalau tidak hafal boleh ikut cara Ustaz Idrus cadangkan dalam video di atas.


InsyaAllah mudah-mudahan kita mendapat rahman dan rahim Allah SWT.


Sebelum saya berhenti di sini, saya nak maklumkan kepada anda ada satu panduan namanya 111 Formula Tarik Rezeki yang sangat best seller sekarang ni.


Sudah ramai yang telah membacanya.


Anda boleh klik di sini kalau mahu lihat testimoni pembaca --->>>111 Formula Tarik Rezeki.

No comments:

Post a Comment