... Maksud hadith yang di riwayatkan oleh Muslim:
" Takutlah kalian dengan fitnah dunia dan fitnah wanita. Sesungguhnya permulaan fitnah terhadap Bani Israil terjadi dari arah wanita"
Maksud hadith yang di riwayatkan oleh Muttafaqun Alaih:
"Rasullullah bersabda, setelah kepergianku, tiadalah aku tinggalkan fitnah yang bpaling berbahaya bagi lelaki melebihi fitnahnya wanita"
Saya bukanlah seorang yang layak untuk menghurai terjemahan hadith Nabi S.A.W. tetapi secara tersurat dalam hadith di atas memberi gambaran yang jelas tentang fitnah terhadap golongan wanita.
Syaitan yang menjadi musuh mutlak makhluk bernama manusia akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menyesatkan kita. Apatah lagi kelemahan yang ada pada wanita yang akan diguna pakai seoptimumnya untuk merosakkan kaum lelaki khususnya seperti rakaman Al-Quran tentang kisah Nabi Adam A.S dan Siti Hawa dimana syaitan yang telah gagal untuk menyesatkan Nabi Adam A.S. telah memperalatkan Siti Hawa untuk merayu agar memakan buah terlarang dalam syurga.
Oleh itu, Islam mempunyai konsep istimewa dalam mengarahkan wanita dan meletakkan wanita sesuai dengan kudratnya yang akan melahirkan sifat-sifat mulia, yang mempunyai identiti tersendiri yang bukan menyeret orang lain ke jurang maksiat. Dalam Islam wanita yang sebigini di anggap WANITA SOLEHAH. Menjadi keutamaan kepada wanita di dunia ini untuk menjadi wanita solehah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Keutamaan Wanita Solehah 2"
Post a Comment