Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Hari ini saya ingin berkongsi cerita tentang bagaimana seorang yang membina imaginasi untuk menuju kejayaan.
Alex Osborn berpendapat bahawa kita mesti membentuk suasana hati yang membantu. Kepercayaan diri kita dapat bangunkan sampai ke tahap tertentu.
Seorang penulis iklan yang telah mencapai hasil luar biasa dalam ciptaan mengatakan "Saya tidak ada cara yang pasti untuk menumbuhkan fikiran kreatif, tetapi saya temui bahawa salah satu jalan yang terbaik untuk mencipta suasana hati yang menyokong adalah adalah menuntup pintu rapat-rapat dan cuba melupakan hal-hal lain, kecuali pekerjaan di hadapan saya. Kemudian saya tarik mesin taip dan mula menulis. Saya tuliskan semua yang kata yang timbul dalam hati saya, biarpun gila, membosankan atau apa pun kedengarannya. Saya merasakan bahawa jika saya tidak melakukannya hal itu akan tetap di situ dan menghalangi idea yang lain. Saya menulis secepat yang saya boleh. setlah beberapa lama, bahagian mesin yang belum saya bekerja mulai bergerak dan sesuatu yang mengejutkan muncul dan tertulis pada kertas di hadapan saya (mungkin idea yang melimpah-ruah). Itulah cara yang tidak mudah dan satu-satunya jalan nya saya ketahui".
Kebanyakkan penulis menulis berdasarkan pengalaman. Semakin, beragam pengalaman kita semakin jelas imaginasi kita.
Oleh itu, kita dapat meningkatkan pengalaman kita melalui banyak membaca. Bacalah kitab suci Al-Quran. Jadilah pembaca yang 'rakus'. Tingkatkan kecepatan membaca. Bacalah buku-buku mengenai iman dan inspirasi. Bacalah buku fantasi dan buku konstruktif. Bacalah buku biografi.
Sumber:
Ahmad Radzi Adil (2003).
Imaginasi Kejayaan. Kuala Lumpur.:Berlian Publications
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..
Jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan, sebagai penggantinya, curahkanlah waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki.-Dr.'Aidh Al-Qarni.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Kisah Imaginasi Kejayaan"
Post a Comment