Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Saya selalu mengambil banyak masa untuk siapkan tugasan (assignment). Memanglah masa yang lama itu dapat menghasilkan kerja yang baik. Namun, dalam tempoh satu masa, bukan satu kerja sahaja yang kita perlu buat. Saya fikir cara sebigini kurang berkesan kerana kerja-kerja yang banyak mesti disiapkan dan hasil yang baik juga diharapkan.
Alhamdulillah, Allah buka minda saya setelah saya belek-belek buku Khalid Mohamad(2006) dan Ahmad Radzi Adil (2003).
Menurut Khalid Mohamad, adakala semasa kita melengahkan kerja akan mengganggu tumpuan kita. Tempoh tumpuan untuk sesuatu kerja sebenarnya tidaklah lama dan oleh itu semasa kita belajar, peralihan kepada bahan yang baru lambat dibuat atau dilengah-lengahkan paras tumpuan akan menurun.
Bagi mengatasi masalah ini, apabila bekerja, lakukanlah dengan deras supaya tiada ruang masa yang dapat ditembusi oleh rangsangan luar.
Saya rasa kita perlu kuatkan diri dan paksa diri sendiri untuk melakukan sesuatu kerja dengan deras dan berkhemah.
Otak kita digunakan untuk berfikir dan mengawal semua pancaindera kita, oleh itu kita perlu bina imaginasi kejayaan supaya kita dapat fokus dalam kerja kita.
Ahmad Radzi Adil mengatakan
salah satu cara untuk membina fikiran yang berimaginatif ialah dengan memaksa diri mencubanya.
Seorang pencipta lagu ditanya bagaimana dia mencipta lagu?Dia menjawab saya duduk dan kerjakannya.
Seorang penulis pula mengatakan dia tidak dapat hasilkan karyanya jika dia tidak melakukan kerjanya segera di setiap pagi.
Cara yang boleh membangunkan imaginasi ialah:
- Beri tumpuan. Pusatkan kekuatan fizikal pada satu tujuan. Tuliskan matlamat anda. Tingkatkan usaha ke arah itu. Tetapkan pada tujuan itu. Kerahlah segala pengalaman, ltar belakang, fakta dan pengetahuan yang dapat dikumpulkan untuk satu matlamat itu. Luangkan waktu untuk merenungnya.
- Bergabunglah dengan orang yang sefahaman, bekerjasamalah dengan orang yang akan membantu dan menyelesaikannya. Orang yang berjiwa besar senang membantu orang lain.
Semangnya saya merasakan kelainan bekerja apabila melakukan sesuatu dengan deras. Insya-Allah tumpuan kita kurang terpesong ke arah lain dan masa kita tidak dibazirkan.
Sunber:
Ahmad Radzi Adil (2003).
Imaginasi Kejayaan. Kuala Lumpur.:Berlian Publications
Khalid Mohamad Nor (2006). Belajar Teknik Belajar di Sekolah dan di Universiti. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
" KEMENANGAN & KEJAYAAN ITU SEDANG MENANTI DI HADAPAN KITA. WALAUPUN TEKANAN SEMAKIN DAHSYAT DAN KERAS MENGHIMPIT KITA, TETAPI INGATLAH BAHAWA SESUNGGUHNYA FAJAR MENTARI PASTIKAN TERBIT WALAUPUN KEGELAPAN MASIH BERPANJANGAN "
--AL IMAM HASSAN AL BANNA--
Artikel berkaitan yang lainnya:
yup...semsetinyer kiter patut berimaginasi dlm aper jua pon supaya kita lebih mengetahui aper yg kita tak tahu
ReplyDeletesalam
ReplyDeletetQ.. betol2 imaginasi ada kekuatan yang mampu menggerakkan kita untuk melakukan kerja.
InsyaAllah..kalau kita selalu berimaginasi untuk kejayaan..kita sebenarnya berdoa untuk mencapai kejayaan