Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Malam ini saya ada kelas pengukuran dan penilaian pendidikan. Jadi, cetuskan idea yang saya hendak tulis dalam blog ini lebih awal. Bukanlah idea peribadi saya secara total, tetapi kompilasi buku dan bahan bacaan lain yang sempat saya temui dan garap.
Apa itu kreativiti?
Kreativiti merupakan potensi yang wujud dalam diri sendiri bagi setiap individu. Seseorang yang dianggap kreatif ialah mereka yang menggunakan potensi yang ada dalam diri masing-masing. Setiap individu mempunyai potensi kreativiti tersendiri yang berlainan daripada orang lain mengikut bidang (Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.).
Edward De Bono mengatakan pemikiran kreatif adalah sejenis pengendalian maklumat secara khusus. Contohnya, kita mengendalikan maklumat secara logik, matematik, saintifik dan sebagainya. Pemikiran kreatif adalah suatu proses pemikiran secara berhati-hati sebagaimana yang dilakukan terhadap bentuk pemikiran yang lain dan merupakan bentuk pemikiran yang kita lakukan setiap hari, tanpa kita sedari kerana kita tidak mengklasifikasikan bentuk serta gaya pemikiran tersebut.
Logiknya, pemikiran kreatif wujud dalam diri masing-masing dan terpulanglah kepada individu untuk mencerna minda dan tahap pemikirannya bagi menerokai sepenuhnya pemikiran jenih ini.
InsyaAllah saya sambung selepas kelas nanti...
"There is really nothing elusive or mysterious about creativity, anyone who can talk is able to write. Anyone who can see is able to visualize and anyone who can think is able to have ideas"
Stephen Baker
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Pemikiran Kreatif Ada Dalam Diri Kita"
Post a Comment