Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semalam, saya bawakan beberapa teori daripada pengkaji pemikiran yang mengatakan sememangnya dalam diri setiap individu mempunyai pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan pemikiran yang kita lakukan setiap hari seperti pemikiran jenis lain juga.
Apakah perbezaan pemikiran kreatif dengan pemikiran yang lain itu? Abdullah dan Ainon mengatakan pemikiran kreatif ditandai oleh keupayaan melihat sesuatu daripada pelbagai sudut. Gaya pemikiran kreatif menghasilkan pelbagai kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu.
Matlamat menggunakan gaya pemikiran kreatif ialah untuk menghasilkan pelbagai persepsi, konsep, idea, cara menyelesaikan masalah, cara meleraikan konflik, rekacipta, strategi dan taktik, prosedur kerja, teori, hipotesis, peraturan, hasil perundingan dan sebagainya.
Contoh perkara yang ditimbulkan apabila berfikiran kreatif ialah:
- kita perlukan idea baru!
- ada atau tidak cara yang lain?
- cuba cari kaedah yang lebih mudah.
- ada atau tidak cara lain untuk menerangkan perkara ini?
- tolong fikirkan kemungkinan lain?
- kita tidak mahu lagi cara penyelesaian yang lama
- cari ini belum dicuba lagi
- tentu ada cara lain
Sumber:
Munir Shuib dan Azman Azwan Azmawati (2001).
Pemikiran Kreatif. Selangor: Prentice Hall
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Persoalan Pemikiran Kreatif"
Post a Comment