Asalamualaikum dan salam sejahtera...
Pejam celik pejam celik Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah syukur kita masih dipanjangkan usia. Semoga kita diizinkan Allah SWT untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dengan keberkatan dan terbaik sekali. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat ditunggu oleh ahli-ahli mufassirin dengan penuh kegembiraan kerana bulan ini Allah SWT anugerahkan kepada umat Muhammad SAW sebanyak-banyak keberkatan, kerahmatan dan keampunan. Sebaliknya, kebanyakkan orang sekarang sedih dengan kedatangan bulan Ramadhan kerana tidak dapat makan di siang hari.
Takkan kita masih lagi dalam pemikiran takok yang lama macam kanak-kanak. Asyik fikir bulan puasa bukan sekadar tidak dapat makan di siang hari.
Berubahlah jadi orang yang matang. Bulan puasa bulan kumpul pahala. Bulan tambah ibadah. Bulan mohon keampunan dan sebagainya.
Ayuh kita semarakkan bulan Ramdhan tahun ini dengan penuh pengibadatan kepada Allah SWT. Banyakkan bersedeqah, solat-solat sunnat, membaca al-Quran, menuntut ilmu dan sebagainya.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Kembalinya Bulan Kerahmatan Untuk Berubah"
Post a Comment