Antara sabar dan redha dengan syukur dengan ujian Allah SWT
Pastinya kehidupan di dunia ini akan di uji oleh Allah SWT untuk melihat tahap keimanan seseorang. Keimanan atau aqidah merupakan paksi yang akan menempatkan seseorang di atas landasan yang benar walaubagaimana keadaan sekalipun ujian yang dihadapi oleh seseorang.
Manusia yang ada di muka bumi ini mempunyai pelbagai peringkat. Buktinya boleh dilihat dengan jelas iaitu adanya golongan Rasul Ulul Azmi, Rasul-Rasul, Nabi-nabi, Wali- wali, Ulamak, orang awm dan sebagainya. Kelompok-kelompok ini dilabelkan oleh Allah SWT dengan darjat masing-masing. Pendapat ulamak contohnya Nabi Ulul Azmi menghadapi ujian yang lebih berat berbanding nabi-nabi yang lain. Semakin hebat ujian yang dihadapi semakin tinggi keimanan golongan Rasul-rasul pilihan Allah SWT itu.
Manusia awam juga perlu berdepan dengan ujian dan kita sering diajar agar bersabar dan redha degan ujian Allah SWT kerana setiap ketentuan Allah SWT pasti tidak sia-sia dan ada hikmah tesembunyi di sebaliknya. Inilah keimanan yang mesti ada dalam diri kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Namun, penerimaan ujian yang dihadapi bergantung darjat seseorang juga kerana ada golongan yang lebih tinggi makam akan bersyukur akan setiap ujian yang dihadapi kerana mereka menggap bahawa ujian itu merupakan peringatan terhadap diri mereka dan mereka akan sentiasa cintakan Allah SWT kerana Allah SWT ingat kepada mereka.
Mudah-mudahan tingkat keimanan kita akan bertambah dan akan bertambah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Ujian Allah SWT"
Post a Comment