Kita sedia maklum dua kalimah syahadah ini adalah merupakan yang terpenting sekali bagi tertegaknya Islam secara menyeluruh. Namun, tidak tertegak Islam itu jika tidak tegaknya rukun Islam yang empat lagi iaitu solat, puasa, zakat dan haji.
Dua kalimah syahadah melambangkan jiwa Islam yang syumul. Seumpama nyawa merupakan nadi kepada badan seluruhnya. Setiap anggota badan manusia tidak berperanan lagi sebagai seorang manusia yang hidup jika tidak ada nyawa. Begitulah kalimah syahadah yang merupakan nyawa bagi setiap aspek atau bahagian daripada Islam. Setiap amalan atau ibadah orang Islam yang tidak kerana dua kalimah syahadah diibaratkan seperti menanam benih mati. Samalah seperti amalan orang kafir yang tidak ada harga di sisi Allah SWT. Ianya dianggap bangkai atau debu yang terbang seperti firman Allah SWT dalam surah Al-Furqan ayat 23 yang bermaksud:
"Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka telah kerjakan dan jenis amal yang mereka pandang baik lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang beterbangan."
Orang-orang Islam yang melakukan amalan-amalan dan mengerjakan berbagai-bagai jenis kebajikan, sekiranya tiada roh dua kalimah syahadah adalah tidak diterima oleh Allah SWT. Roh dua kalimah syahadah itu sebenarnya ialah Ikhlas.
Ustaz Ismail Bin Haji Syafie Al-Bakabi(2002).Hakikat Dua Kalimat Syahadat.Pulau Pinang: Pustaka Bakabi
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Ke Arah Memahami Dua Kalimah Syahadah"
Post a Comment