Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Saya sangat tertarik dengan huraian mudah dan ringkas dalam buku Nota Kepada Diri yang mampu menyentuh hati saya. Wahai saudaraku yang masih belum memiliki buku ini dapatkan segera, bacalah dan hayatilah isi kandungan. Hari ini saya ingin berkongsi tentang kesabaran yang saya ambil beberapa isi daripada buku Nota Kepada Diri.
Sabar merupakan perkataan yang mudah disebut tetapi amat sukar diamal. Sebagai insane, kita perlu berusaha melatih diri menjadi seorang yang sabar.
Nabi S.A.W. bersabda kepada seorang sahabat yang bermaksud:
“Sesungguhnya sabar itu adalah perisai.”
Manusia mencipta pelbagai jenis perisai sebagai alat untuk melindungi diri sama ada dalam keadaan damai dan peperangan. Dalam keadaan damai juga turut memerlukan perlindungan seperti perlindungan penyakit dan sebagainya. Apatah lagi dalam keadaan peperangan sehinggakan manusia mencipta perisai yang menggunakan pesawat canggih untuk memintas serangan musuh sebelum senjata musuh menghampiri medan petempuran.
Tetapi lupakah kita bahawa, iman kita juga perlukan perisai daripada syaitan yang sentiasa menyerang anak adam. Justeru itu, Nabi menjelaskan bahawa manusia memerlukan perisai untuk menyelamatkan iman iaitu 'sabar'.
Kita perlu sabar apabila menerima ujian Allah S.W.T. seperti mengalami kesusahan hidup di sebabkan kemiskinan, kepayahan di sebabkan suasana tidak aman atau sabar menghadapi bala daripada Allah S.W.T.
Manusia juga perlu sabar ketika mendapat kesenangan dan kemewahan hidup kerana ada manusia yang lebih teruk ketika berada dalam kesenangan berbanding kesusahan.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal...
Orang yang menerima nasihat, ilmunya akan bertambah, tetapi orang yang memberikan ilmunya tidak akan berkurang, malah semakin bertambah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
salam..
ReplyDeleteBetul..ni ad petikan buku kecil ungu KISAH SHEIKH ABDUL KADIR JILANI terjemahan Abdul Majid Haji Khatib yang dipetik dari salah satu syarahan beliau...
"Bagi orang yang sabar, Allah s.w.t. memberi pertolongan yang tidak terhingga di dunia ini dan begitu juga di akhirat kelak dia mendapat ganjaran yang tidak putus-putus. Allah berfirman:
Ertinya: "sesungguhnya hanya orang-orang ang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batasan."
Apa yang disabarkan oleh seseorang itu kerana Allah tidak akan terlindung dari Allah. Sabarlah dalam satu jam kerana anda telah menikmti kenikmatan dari Allah bertahun-tahun lamanya, sabar dalam satu jam itu adalah tanda kepahlawanan. Allah menolong orang-orang yang sabar. Sabarlah dengan Allah dan sentiasa berwaspada, agar anda tidak dilupakan Allah."
salam
ReplyDeletesabar merupakan satu sifat mahmudah yang sepatutnya dimiliki orang2 beriman.
Kita perlu bermujahadah dengan kesabaran.