Assalamualaikum
Alhamdulillah, baru sekejap tadi saya sempat ambil stok baru Tamar Cocoa untuk dihantar kepada pembeli.
Ini semua rezeki Allah.
Dengan kesibukan kerja-kerja harian, masa untuk menulis di blog ini semakin terhadap nampaknya.
Tetapi saya tetap berusaha supaya dapat update satu pos satu hari. InsyaAllah.
Baiklah,
Oleh kerana masa hari ini terlalu suntuk, saya kongsikan dengan anda cara yang saya buat untuk menghafal Doa Dhuha (doa murah rezeki).
Cara Mudah Hafal Doa Dhuha
Doa ini memang doa murah rezeki yang cukup mujarab.
Pesan guru saya, kalau tidak sempat untuk solat sunat Dhuha pun, jangan tinggalkan doa dhuha ini.
Itu kalau tidak boleh sangatlah.
Walaupun solat sunat Dhuna ini hanya sunat, tetapi ia adalah amalan yang berkesan untuk kita memohon di murahkan rezeki.
Inilah salah satu cara kita bersyukur kepada Allah SWT.
Cara Mudah Hafal Doa Dhuha
Di sini saya kongsikan dengan anda 2 cara hafal doa Dhuha:
#1. Dengar lagu doa Dhuha ini berkali-kali. Kalau anda kerap memandu, download lagu ini kemudian convert dalam bentuk audio dan pasanglah setiap kali anda memandu.
#2. Setiap kali selepas anda solat sunat Dhuha anda baca doa ini beberapa kali. Contohnya anda solat 4 rakaat. Jadinya, setiap kali 2 rakaat anda bacalah doa ini.
InsyaAllah, dalam tempoh yang singkat anda akan ingat.
Kalau tidak dapat menghafal juga anda tulislah doa ini dalam kertas kecil supaya anda boleh bawa kemana-mana.
Nanti, bila anda mahu solat sunat Dhuha mudah untuk dilihat.
Selamat beramal.
Dapatkan panduan
Rezeki Melimpah Ruah
|
Doa dhuha |
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Cara Mudah Hafal Doa Dhuha"
Post a Comment