Assalamaualaikum dan salam sejahtera...
Dalam kesempatan yang ada ini, saya ingin meneruskan formula yang seterusnya. Tajuk kali ini ialah syaitan sentiasa melancarkan serangan tipu daya untuk merosakkan hati-hati manusia dan menghalang kecemerlangan kita. Menurut Imam Ghazali, antara pintu yang sering digunakan syaitan ialah melalui:
- Perasaan marah
- Nafsu Syahwat
- Perasaan tamak dan dengki
- Kenyang
- Cinta kepada perhiasan dan harta benda
- Bergantung kepada manusia
- Gopoh gapah dan terburu nafsu
- Cinta kepada dinar, dirham dan emas(wang ringgit)
- Sikap kedekut dan bakhil
- Fanatik mazhab dan kelompok
- Berfikir tentang zat, sifat dan af'al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
- Sikap mudah buruk sangka terhadap orang Islam yang lain
Hati kita perlu sentiasa digilap supaya bersinar. Mengikut Ibrahim Adham bin Adham, lapan perkara mematikan hati iaitu:
- Mengetahui hak Allah SWT tetapi tidak meneruskan hak itu.
- Membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan suruhan-suruhannya
- Mencintai Nabi tetapi mengabaikan sunnahnya
- Takut mati tetapi tidak mempersiapkan diri
- Mengetahui syaitan adalah musuh tetapi ghairah mengikut kehendaknya
- Takut mati tetapi melakukan maksiat
- Mahukan syurga tetapi tidak beramal soleh
- Kekurangan diri sendiri dilupakan tetapi kekurangan orang lain diketengahkan
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal..
Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Formula Cemerlang 2c"
Post a Comment