Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pengunjung yang tidak pernah jemu mengunjungi blog yang telah sekian lama tidak dikemas kini. Alhmadulillah hari ini saya telah
kembali ke Parit Haji Rais untuk mengambil saki baki barang-barang yang masih tertinggal. InsyaAllah esok saya dan rakan akan
pulang ke kampung halaman membawa bersama kenangan yang terpahat dalam sanubari sepanjang berada di sini. Kesempatan yang singkat ini saya cuba luahkan rasa hati untuk berkongsi.
Terbit juga rasa pilu untuk meninggalkan rumah sewa yang saya dan rakan-rakan menumpang berteduh sepanjang menjalani pengajian Sarjana Pendidikan Teknikal di UTHM. Apakan daya ini semua Sunnatullah atau lumrah kehidupan yang telah ditetapkan Ilahi ke atas manusia. Sebaliknya, kita perlu merenung dengan mata hati dan ilmu anugerah yang Maha Esa akan hikmah yang tersirat dan tersurat di setiap ketentuan Allah SWT.
Selepas ini, saya pun belum tahu hala tuju yang hendak diarahkan. InsyaAllah mudah-mudahan mendapat keberkatan dan rahmat dari Ilahi. Semoga ilmu dan pengalaman yang Allah SWT anugerahkan sepanjang saya
kembali ke sini dapat di bawa
pulang ke kampung dan ke mana sahaja bumi Allah yang saya tujui memberi manfaat dunia dan akhirat.
Marilah kita terus dan terus menuntut ilmu dan beramal.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Salam
ReplyDeleteBro, orang melayu selalu kata:
jika ada sumur di ladang,
boleh saya menumpang mandi,
kalau umur panjang,
boleh kita berjumpa lagi..
hehehehehe
salam ziarah
ReplyDeletesinggah sebentar