Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Riak merupakan penyakit hati yang sering digunakan oleh iblis untuk menyesatkan anak adam hinggakan boleh terpesong akidah. (Nauzubillah)
Riak merupakan perasaan yang suka menunjukkan kehebatan diri kepada orang lain walau tidak diberi tahu kepda orang. .Ringkasnya, riak adalah:
Melakukan sesuatu bukan kerana Allah SWT
Meninggalkan sesuatu juga bukan kerana Allah SWT
Contoh:
Kes 1:Seseorang yang melakukan ibadat solat dengan penuh tertib apabila berada dihadapan orang. Maknanya dia beribadah bukan kerana Allah SWT.
Kes 2: Seseorang yang meninggalkan solat berjemaah sebab takut orang perli. Maknanya dia meninggalkan ibadah bukan kerana Allah SWT.
Tetapi jangan kita menuduh seseorang itu riak atau tidak, kerana hakikat hati seseorang hanya diketahui Allah SWT. Panduan ini adalah untuk memuhasabah diri sendiri.
Oleh itu, pelajari ilmu agama khususnya Ilmu Tasawuf dan diri untuk melawan sifat riak. Cara mudah yang boleh dicuba ialah dengan melakukan ibadah dibelakang orang terlebih dahulu dan berisiqamah dan kemudian amalan yang kita telah amalkan sendiri terus lakukan dihadapan orang sepertimana kita amalkan dikala bersendirian. Kalau ada perasaan diri hebat apabila ibadat yang kita lakukan dihadapan orang, itu sebenarnya syaitan. Kita teruskan denga amalan kita. Yang penting ikhlas kerana Allah SWT.
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Hindarilah Riak. Kerana riak mendatangkan SYIRIK
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Belajar Melawan Riak"
Post a Comment