Gambar dari:English lingQ
Bagi saya, Bahasa Inggeris (BI) merupakan medium bahasa yang sangat bagus kalau dikuasai oleh sesiapa sahaja. Ini kerana dengan menguasai BI, kita dapat meningkan pengetahuan kerana banyak sumber maklumat yang terdapat pada hari ini dalam BI.
Tetepi janganlah kita terlalu menggagung sangat orang yang pandai berbahasa Inggeris. Kalau pandai BI tapi akhlak tak pandai buruk jadinya. Betul tak.
Saya bukan seorang yang pandai berBahasa Inggeris.Tapi saya ingin menyatakan kepada sesiapa sahaja yang mungkin berkenaan bahawa kita tidak perlu takut BI. Ramai orang cakap BI susah nak faham, susah nak belajar dan lain-lain lagi (persepsi-persepsi yang menggambarkan takut kepada BI).
Apa yang penting ialah tanamkan dalam diri kehendak untuk belajar BI. Kalau ada perkataan BI yang tak tahu maksudnya jangan segan untuk ambil kamus dan cari maksudnya. Jika proses membaca, mendengar, merujuk kamus dan cuba bercakap dalam BI, InsyaAllah nanti lama-kelamaan kita akan faham BI. Tak banyak sikit.
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal.
Kebanyakan orang yang hebat menguasai banyak bahasa
No comments:
Post a Comment