Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Sekarang ini sudah menjadi 'tren' dalam kalangan rakyat Malaysia. Apabila cuti sekolah maka banyaklah kenduri kahwin akan berlangsung. Alasan yang kukuh, kenapa di adakan masa cuti sekolah ialah mudah-mudahan keseluruhan ahli keluarga dapat bertandang memberi kerja sama dan ramai tetamu yang datang dapat hadir.
Walaubagaimanapun, kalau diselidik secara terperinci, sebenarnya tidak semua orang akan dapat hadir ke majlis walimatul urus yang di adakan. Mungkin yang bekerja swasta atau bekerja sendiri mempunyai tugasan yang tidak dapat dielakkan ketika kenduri dijalankan. Disamping itu, mungkin ada juga hal-hal lain yang tidak dapat dielakkan seperti sakit, ada majlis kenduri ahli keluarga terdekat dan sebagainya.
Sebagai umat Islam kita perlu menjaga hubungan degan Allah SWT dan hubungan dengan manusia (Hablum Minallah dan Hablum Minannas). Tetapi apa yang ingin saya tekankan di sini ialah apa niat kita mengadakan majlis kenduri dan bertandang ke majlis kenduri? Bukankah setiap amalan kita akan dikira oleh Allah SWT kerana usaha kita yang keikhlasan? (Tasawuf)
Dari sudut yang lain, majlis yang kita ingin adakan mestilah dielakkan daripada perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan syariat Allah SWT. (Feqah)
Di samping itu, perlu diingat bahawa segala usaha dan perancangan kita bukan kuasa kita, tetapi Allah Maha Pekuasa menjadikan. (Tauhid)
Wallahualam
Marilah kita menuntut ilmu dan beramal...
Ikhlaskan Hati Menuju Allah SWT
No comments:
Post a Comment