- Niatlah membeli kerana Allah SWT
- Belilah berdasarkan keperluan dan kempuan
Setiap amalan akan dikira pahala kalau di niatkan kerana Allah SWT. Biasanya, kalau kita hendakkan sesuatu mesti berdasarkan keperluan. Apabila kita sangat memerlukan sesuatu barang/perkhidmatan kita perlu membayar (membeli). Tetapi apabila hendak membeli, mesti berdasarkan kemampuan kita.
Contoh: Seorang pekerja sangat memerlukan kenderaan kerana hendak pergi bekerja. Oleh itu dia mesti membeli kereta atau motor. Jenis apa kenderaan yang hendak dibeli bergantunglah kepada kemampuan yang dia ada. Dipastikan orang itu berniat membeli kenderaan kerana Allah SWT untuk melakukan ibadah.
Kenapa saya pos entri ni? Saya ingin berpesan kepada diri sendiri dan kepada sesiapa sahaja supaya kita lakukan sesuatu bukan kerana lain, tapi kerana Allah SWT. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati kita.
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Setiap amalan dimulakan dengan niat
salam.
ReplyDeletemembeli itu ini perlukan perancangan bijak. semoga apa yg dibelanjakan mendapat keredaan Illahi.
saya,
budak baru belajar.
p/s= bro, aku dapat rasakan ko mcm mahu beli sesuatu yg agak besar macam......kereta?
salam
ReplyDeletehehe..dahsyat firasat mu wahai bro, memang ada niat nak beli tapi tak tau bila, saya tunggu perancangan saya diizin Allah