Gambar dari: KG
Kita sering kali terdengar ungkapan dalam kalangan manusia:
"miskin nya dia tu?"
"kaya nya dia tu!"
"mahalnya kereta tu!"
"tuanya orang tu!"
Kenapa ungkapan sebegini keluar dari mulut sesetengah individu? Saya rasa manusia sebegini sering membuat perbandingan.
Sebagai contoh, si A (dari segi zahir) ada rumah besar, kereta besar dan mempunyai pekerjaan tetap. Apakah pengukur yang jelas mengatakan yang si A seorang yang kaya? Biasanya kita katakan dia kaya sebab kita bandingkan dengan si B yang tidak membunyai harta yang seperti A miliki. Tapi cuba kita tengok si C yang ada 3 buah rumah, 4 buah kereta dan 7 geran tanah? Kita dah tak nampak si A tadi kaya. Betul tak?
Jadi persoalannya, pentingkah adanya perbandingan?
Keadaan hari ini menyukarkan kita membuat penilaian zahir. Sebab kita tak tahu situasi yang diharungi oleh seseorang. Mungkin dari segi zahir nampak mewah dari segi kebendaan yang dimiliki tapi kita tidak tahu adakah kemewahan itu diperolehi secara hutang atau tunai?
Bagi saya tidak perlu nak buat perbandingan tentang manusia kerana risau mendatangkan bencana dalam berkomunikasi dengan manusia.
Fikirkan apa tanggungjawab kita yang mesti kita selesaikan berlandaskan ilmu yang kita ada. Lakukan apa yang mesti kita tunaikan mengikut suruhan Allah SWT.
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Ilmu ada 2: Ilmu yang mendatangkan manfaat dan mendatang bencana
No comments:
Post a Comment