Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Diceritakan pada ketika iblis di keluarkan Allah SWT daripada syurga dan dicampakkan ke dunia ini, iblis memohon kepada Allah SWT untuk meramaikan ahli-ahlinya dengan menyesatkan anak adam dari segenap sudut iaitu kiri, kanan depan dan belakang.
Permohanan iblis diperkenankan Allah SWT. Ulamak-ulamak mengkaji dengan bersungguh-sungguh bagaimanakah cara untuk melawan iblis yang sangat kuat menghasut dan menggoda manusia supaya sesat.
Merujuk kepada permohonan iblis itu tadi bahawa dia akan menyesatkan manusia dari sudut kiri, kanan depan dan belakang, tetapi dia terlupa akan sudut atas dan bawah. Ini merupakan kelalaian iblis. Maka itu ada ruang untuk manusia menyanggah iblis dari 2 sudut iaitu atas dan bawah.
Ulamak membuat kesimpulan 2 sudut ini merupakan ruang yang mesti digunakan dengan bersungguh-sungguh oleh manusia. Sudut-sudut ini diibaratkan oleh ulamak sebagai:
Iblis merupakan kejadian penciptaan Allah SWT yang maha kuasa. Maka Allah SWT maha mengetahui kelemahan iblis. Oleh itu, kita perlu memohon kepada Allah SWT agar kita dilindungi daripada hasutan dan bencana iblis.
Allah SWT menyediakan Nabi dan kitabNYA sebagai penunjuk jalan untuk menusia melakukan perintah Allah SWT. Oleh itu, ketaatan kepada Allah SWT akan menjadi penghalang kepada hasutan iblis
Marilah menuntut ilmu dan beramal
Syaitan musuh yang halus
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Menyanggah Syaitan"
Post a Comment