Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kemesraan sesama ahli masyarakat amnya dan dalam institusi keluarga khususnya sangatlah penting untuk menjamin keharmonian hidup manusia. Terdapat beberapa tip mudah yang Islam ajarkan kepada kita untuk diaplikasikan dalam kehidupan agar keintiman dalam berhubungan antara suami isteri, ahli keluarga, masyarakat dan negara.
Tip itu ialah:
1. Memberi salam
Apabila kita bertemu dengan sesiapa sesama Islam, sunat memberi salam dan yang mendengar pula wajib menjawab salam.
2. Bermanis muka (senyuman)
Nabi SAW merupaka seorang manusia yang sering kali bermanis muka tersenyum apabila bertemu isteri-isterinya, sahabat dan sesiapa sahaja. Sehinggakan senyuman akan diberi ganjara pahala sedekah.
3. Bersalaman
Apabila bertemu dengan sesama mahram adalah digalakkan bersalaman. Kepada suami isteri yang menggenggam tangan akan gugur dosa-dosa dari celah jari-jari pasangan bahagia itu.
Sebenarnya, banyak lagi kaedah-kaedah yang diajarkan oleh Allah SWT untuk memberi kerahmatan kepada makhluknya. Tip-tip di atas nampak mudah dan remeh bagi segelintir manusia tapi berapa ramai orang yang dapat mengamalkannya?
Marilah menuntut ilmu dan beramal...
Suatu ilmu yang sedikit tapi istiqamah dalam mengamalkannya adalah sangat baik
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Tip Berkeluarga dan Bermasyarakat"
Post a Comment