Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah SWT, mustahil bagi kita menafikan kewujudan kekasih Allah SWT iaitu Rasulullah SAW.
Bagaimana mungkin untuk kita beriman kepada Allah SWT kalau Rasulullah SAW tidak sampaikan kepada kita?
Oleh itu, kecintaan kepada Rasulullah SAW adalah salah satu bukti keimanan kita kepada Allah SWT.
Dan salah satu cara menyatakan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW adalah dengan berselawat.
Kalau kita tidak mahu berselawat, memang betullah kita orang yang sombong. Allah SWT dan para malaikat sendiri berselawat kepada Rasulullah SAW.
Cuba baca terjemahan Ayat Al-Quran Di bawah ini.
Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi(1). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya(2).” (Surah Al-Ahzab: 56).
Ada baiknya kita berguru dengan lebih mendalam dalam bab selawat ini dengan mana-mana guru-guru atau murabbi yang bersanad ilmunya.
Baiklah.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu selawat yang cukup baik diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari.
Amalan ini di ijazahkan oleh Habib Saggaf Bin Mahdi Bin Syeik Abu Bakar Bin Salim. Lihat video di bawah ini.
|
Al Habib Saggaf Bin Mahdi |
Ijazah Selawat Murah Rezeki
Artikel berkaitan yang lainnya:
innamal a'malu binniyyat..
ReplyDeletekalau selawat nak dapat duit, duit je la yang dapat..
wallahu a'lam..
Terima kasih atas Peringatan
Delete