Alhamdulillah syukur kerana kita diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini. Mudah-mudahan kita mendapat kerahmatan daripada Allah SWT.
Hari ini sudah masuk hari yang ke 6 kita berpuasa.
Bukankah di awal bulan Ramadhan Allah SWT membuka pintu keampunanNya untuk seluruh umat Nabi Muhammad SWT?
Justeru, jangan lepaskan peluang untuk memohon ampun dengan bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Keampunan Allah SWT merupakan perkara penting bagi seorang muslim kerana ia mampu membersih hati yang gelap.
Hati yang tidak bersih sangat merbahaya kerana ia akan menghalang seseorang daripada mendapat Taufik dan Hidayah Allah SWT. Apabila seseorang yang hilang daripada Taufik dah Hidayah Allah SWT, nescaya dia akan mudah tersasar daripada landasan agama. Nauzulillah...
Mudah-mudahan kita diberi keampunanNya.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Ramadhan Bulan Keampunan"
Post a Comment