Tajuk : Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir
Pengarang : Pahrol Mohd Juoi
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-14-1
Mukasurat : 350 Halaman
Pertembungan “Islam-Melayu dan Melayu-Islam” mutakhir ini lebih dibauri dan dikaburi oleh “presenting problems” berbanding “the real problems”. Mungkin ini disebabkan wujudnya ramai golongan yang berkepentingan sama ada dalam parti, pertubuhan dan perkumpulan orang-orang Melayu. Golongan “opportunists” Melayu ini berselindung di sebalik perjuangan agama atau bangsa untuk terus mendapat “ke¬untungan” jika Melayu-Islam terus berkrisis. Dan kemungkinan ini juga di¬sebab¬kan wujudnya golongan fanatik agama atau chauvinis bangsa yang sudah lebur sifat rasional, kasih sayang dan adab susilanya dalam menghadapi perbezaan pendapat. Sesungguhnya, semua perkara yang disebutkan di atas akan menjadi teras penulisan dalam tajuk-tajuk berikutnya. Pada tajuk-tajuk yang lebih khusus itu, saya akan memperincikan apa yang disentuh secara sepintas lalu dalam mukadimah ini. Apa yang pasti ialah buku ini mengetengahkan satu pola pemikiran yang konsisten walaupun pada subjek dan isu yang pelbagai. Dan pemikiran ini dihidangkan secara mudah walaupun gagasan¬nya besar dan adakalanya agak ilmiah.
Kritikan, teguran, pujian atau sekadar pandangan dalam buku ini mengundang respon yang sama terhadap saya. Oleh itu, saya dengan hati terbuka menerimanya. Kita tidak boleh taksub ketika menegur ketaksuban orang lain. Justeru, panda¬ngan yang saya kemukakan nanti adalah lahir dari hati yang penuh sedar bahawa pasti ada pandangan lain yang lebih tepat.
Soal kepimpinan dan politik akan menjadi pendahulu bicara saya. Diikuti oleh soal pendidikan, kemudian disusuli oleh isu-isu yang berlaku dalam negara dan akhirnya menjengah kepada persoalan antarabangsa. Sesungguhnya jika kepimpinan telah betul dan mantap, maka agenda mendidik umat akan dapat dilaksanakan dengan betul dan tepat. Dengan ini akan terbentuklah kekuatan dalaman untuk menyelesaikan masalah-masalah dalam negara. Hanya setelah itu barulah kita akan mampu memberi sumbangan menyelesaikan masalah antarabangsa.
Dan tumpuan saya lebih terarah kepada kepimpinan parti-parti politik pimpinan Melayu-Islam justeru merasakan ia tetap relevan dalam dekad-dekad yang mendatang. Namun dimensi pandangan “ketiga” ini tentulah agak sedikit berbeza daripada apa yang dilihat oleh orang-orang dalam parti sendiri. Anggaplah perbezaan itu satu sumbangan justeru tidak ada siapa pun yang tidak memiliki “blind spot” dalam penilaian dan pemerhatiannya. Jika apa yang terkandung dalam buku ini benar, terimalah. Sebaliknya, jika salah… tolaklah. Jika benar ia boleh “membetulkan” kesalahan kita. Jika salah akan menambah tingkat “kebenaran” kita. Insya-Allah.
http://genta-rasa.com/buku/
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Review Buku: Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir"
Post a Comment