Assalamualaikum...
Buku ini baru sahaja dibeli oleh isteri saya pada pesta buku cuti sekolah di Hassani, Carefure (Penang).
Buku ini menarik minat saya untuk membacanya. Buku ini sedang dibaca oleh isteri saya dan saya cuma sempat belek-belek dan membaca pada bahagian awal sahaja.
InsyaAllah saya akan habiskan membaca buku ini secepat mungkin untuk mengetahui apa mesej yang ingin disampaikan oleh John Gray.
Buku bertajuk Men Are From Mars, Women Are From Venus ini terbitan PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu.
Ia diterbitkan pada 31 Jan 2011 dengan ketebalan sebanyak 369 muka surat.
Jom lihat apa isi kandungan buku ini dan sinopsisnya sekali.
|
Review Buku: Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu) |
Sinopsis
Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.
Isi Kandungan
Penghargaan
Pendahuluan
Bab 1__Lelaki berasal dari planet Mars, Wanita dari planet Venus
Bab 2__Mr. Fix-It dan Jawatankuasa Home-Improvement
Bab 3__Lelaki pergi ke gua mereka, manakala wanita sibuk bercerita
Bab 4__Bagaimana Memotivasikan Pasangan Kita
Bab 5__Bertutur Bahasa yang Berlainan
Bab 6__Lelaki Umpama Gelung Getah
Bab 7__Wanita Adalah Ibarat Ombak
Bab 8__Memahami Perbezaan Keperluan Emosi Lelaki dan Wanita
Bab 9__Bagaimana Mengelakkan Pertengkaran
Bab 10__Mengambil Hati Pasangan Kita
Bab 11__Bagaimana Mengkomunikasikan Perasaan Negatif
Bab 12__Bagaimana Mahu Meminta dan Mendapatkan Sokongan
Bab 13__Mengekalkan Keajaiban Cinta Dalam Hubungan Kita
Selamat Membaca
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Review Buku: Men Are From Mars, Women Are From Venus (Edisi Bahasa Melayu)"
Post a Comment