بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Assalamuikum
Terima kasih kepada
syafiqolbi. Saya tolong sebarkan entri ini semoga ianya bermanfaat untuk semua.
Moga rezeki kita dalam bulan Ramadhan kita lebih banyak lagi. Rezeki berpuasa, rezeki solat sunat terawih, rezeki beribadahah pada lailatul qadar dan sebagainya.
Menurut huraian ulama’ rahimahullah semasa melihat anak bulan, ada baiknya membaca doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam seperti berikut:-
 |
Doa Melihat Anak Bulan |
.
Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam biasanya berdoa semasa melihat anak bulan Rejab dan Sya’ban secara khusus, seperti berikut:
 |
Doa Kemunculan Bulan Mulia |
.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga berdoa setelah terlihat anak bulan;
 |
Doa Setelah Kelihatan Anak Bulan |
.
Disebutkan dalam sebuah hadith riwayat Imam Tirmizi :
عن أبى طلحة بن عبيد الله أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رأى الهلال قال : اَللَّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَاِ بِاْلأَمْنِ وَالإِْيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ, رَبِّيْ وَرَبُّكِ اللهِ هِلاَلُ رُشْدٍ وَخَيْرٍ. ( رواه الترمذى)
Daripada Thalhah bin Ubaidillah; Sesungguhnya bila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallammelihat hilal (anak bulan), Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam berdoa; “Wahai Tuhan yang telah menampakkan awal bulan kepada kami dengan aman dan iman, dengan selamat dan Islam, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah, bulan yang benar dan baik.”
(Hadis Riwayat At-Tirmizi r.a.)
.
Setiap kali apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyaksikan terbitnya anak bulan Ramadhan yang disebut hilal, beliau mengucapkan doa seperti di atas. Doa ini tidak hanya baginda ucapkan ketika hilal bulan Ramadhan, tetapi juga baginda ucapkan pada bulan-bulan lain. Disebutkan doa ini dalam amaliah Ramadhan adalah untuk menyempurnakan sambutan kita akan datangnya bulan Ramadhan.
.
.
Ulasan Hadis :
.
1. Setiap kali Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyaksikan terbitnya anak bulan Ramadhan yang disebut hilal, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam akan mengucapkan doa sepertimana di atas.
.
2. Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam tidak hanya mengucapkan doa ini ketika hilal di bulan Ramadhan sahaja, tetapi juga Baginda ucapkan pada bulan-bulan yang lain.
.
3. Disebutkan doa ini adalah untuk menyempurnakan sambutan kita yang bakal tibanya bulan Ramadhan.
.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki ‘Bulan Pesta Ibadah’ yang Allah SWT akan mengampunkan segala dosa hambaNya, memakbulkan setiap permintaan, membelenggu seluruh syaitan, mengandakan pahala hamba, melepaskan diri setiap hamba daripada api neraka.
.
Justeru itu, marilah sama-sama kita persiapkan hati dan diri, menangis kerana bersyukur jika dipanjangkan usia hingga bertemu pada bulan Ramadhan yang bakal tiba dan bergembiralah sekiranya kita juga masih lagi terpilih, diberi kesempatan dan berpeluang bertemu dengan Ramadhan untuk beramal. Sambutlah dengan penuh keimanan dan memuhasabah diri. Sesungguhnya tidak sabar rasanya untuk berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh berkat…
.
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Berpuasa… Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan !
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Doa Melihat Anak Bulan"
Post a Comment