Di sebuah kampung yang jauh di pedalaman. Tinggal seorang tua bersama cucunya dalam keadaan aman dan damai dalam mengabdikan diri kepada Allah SWT.
Orang tua tersebut bekerja sendiri dengan mengambil upah menganyam tikar mengkuang. Dia sering dibantu oleh cucunya yang cukup rajin.
Sebelum azan subuh berkemandang, dia bersama-sama cucunya berjalan ke surau berdekatan dengan rumah mereka untuk bersolat subuh secara berjemaah. Kemudian daripada itu, dia akan mengajar cucunya mengaji Al-Quran.
Kadang-kadang dia akan menyediakan sedikit sarapan pagi untuk mereka makan bersama-sama. Jika tidak, dia sendiri atau cucunnya akan pergi membeli sarapan di kedai bersebelahan dengan surau kampung itu.
Seusai solat Dhuha barulah dia akan melakukan kerja-kerja menganyam tikar mengkuang bersama cucu kesayangannya itu.
Begitulah rutin harian bagi orang tua itu bersama cucunya pada setiap pagi.
Pada suatu hari, ketika mereka sedang asyik melakukan kerja-kerja menganyam tikar, cucu bertanya beberapa soalan.
"Atuk, Iman ingin bertanya beberapa soalan boleh atau tidak?" Soal Iman.
"Boleh, apa salahnya." Jawab atuk
"Saya selalu tengok atuk membaca Al-Quran siang malam dan atuk sering mengajar saya ajar saya pula pada setiap pagi?"
"Ya...". Jawab atuk dengan ringkas.
"Tetapikan atuk, apa kelebihannya kita membaca Al-Quran, kalau kita tidak tahu maknanya?" Sambung cucunya lagi.
"Baiklah sebelum atuk jawab soalan kamu, atuk hendak beri satu tugas kepada kamu. Kalau kamu dapat melakukan tugas ini, atuk akan beri hadiah istimewa kepada kamu." Balas atuk pula.
"Apa tugasnya atuk?" Jawab Iman dengan begitu ghairah. Dia tidak sabar untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan atuknya.
"Begini, kamu nampak atau tidak baldi yang terletak di sebelah pokok nangka itu?" Soal atuk sambil menunjukkan sebuah baldi lama yang terletak di atas tanah bersebelahan dengan pokok nangka.
"Nampak." Jawab Iman.
"Kamu pergi ambil baldi itu dan bawakan kepada atuk." atuk memberi arahan.
Iman bergegas sambil berlari-lari anak untuk mendapatkan baldi yang dinyatakan oleh atuknya.
"Atuk, baldi ini kotor dan berlubang lah." dari jauh, Iman menjerit.
"Kamu bawa sahaja baldi itu kepada atuk." Atuk menjawab dengan suara yang agak tinggi agar dapat didengari oleh cucunya.
Setelah diserahkan baldi tersebut kepada atuknya, dia pun duduk berdekatan atuknya.
"Atuk hendak kamu bawa ambil air di dalam telaga dibelakang rumah dengan menggunakan baldi ini dan penuhkan tempayan itu dalam masa seminggu setiap pagi. Sekiranya kamu berjaya, atuk akan berikan hadiah yang atuk janjikan tadi." Atuk memberi penjelasan.
"Laluan yang kamu lalui untuk mengambil air dan mengisi tempayan perlulah sama setiap hari. Kamu juga perlu perhatikan apa yang berlaku di kiri dan kanan sepajang perjalanan yang kamu lalui." Sambung atuk lagi.
"Baiklah atuk." Jawab Ima, tidak sabar untuk melakukan tugasan yang diberikan atuknya itu.
Jarak perjalanan dari tempayan ke telaga di belakang rumah itu lebih kurang lima ratus meter sahaja. Di sepanjang jalan tersebut hanya dipenuhi dengan rumput kecil beserta kayu-kayu kering yang patah.
Maka sepanjang tujuh hari Iman berusaha keras demi mendapatkan hadiah yang dijanjikan oleh atuknya itu. Atuknya hanya memandang dari jauh dan tersenyum dengan tindakan cucunya yang rajin itu.
Apabila sampai hari yang ke tujuh dia masih belum mampu memenuhkan tempayan yang dimaksudkan oleh atuknya itu. Pada ketika itu juga dia berasa kecewa kerana tidak dapat memenuhkan tempayan itu, maka harapannya untuk mendapatkan hadiah itu hanya tinggal impian sahaja.
Kemudian, orang tua itu mendekati cucunya yang sedang keletihan kerana baru sahaja mengangkat baldi yang berisi air.
"Wahai cucu atuk, bagaimana sekarang? "
"Berjayakah?" Tanya atuk berturut-turut.
"Saya tidak berjaya." Iman menjawab dengan rasa kecewa.
"Jangan terlalu kecewa Iman...ada perkara yang lebih besar untuk atuk sampaikan kepada Iman."kata atuk.
"Apa maksud atuk?" Tanya Iman.
"Cuba kamu perhatikan baldi itu, apa yang kamu nampak?" Atuk mula bertanya kembali.
"Tidak ada apa-apa pun?" Iman kehairanan.
"Cuba tengok sekali lagi?" Pertanyaan atuk berulang.
"Baru saya perasan sebelum ini baldi itu kotor, tapi sekarang telah bersih." Jawab Iman.
"Soalan seterusnya, apa yang kamu perasan sepanjang perjalanan kamu berulang alik mengambil air." Tanya atuk.
"Pada mulanya saya dapati jalan yang saya lalui itu nampak usang kerana di kiri dan kanannya hanya ada ranting-ranting kering dan pokok-pokok kering. Namun, lama ke lamaan, saya dapati jalan itu semakin ceria kerana ada rumput-rumput, pokok-pokok bunga dan cendawan mula tumbuh di tepi jalan. Malahan, laluan yang sering saya gunakan itu semakin bersih." Jelas Iman.
Atuk tersenyum.
"Iman ingat lagi soalan Iman kepada atuk minggu lepas?" Soal atuk lagi.
"Ya, ingat." Jawapan Iman seringkas mungkin.
"Jawapan yang kamu tanya ada pada baldi tersebut." Atuk memberi jawapan.
"Saya tidak faham lah atuk." Iman agak terpinga-pinga.
"Sebelum atuk jelaskan, ini hadiah atuk kepada kamu di atas kesungguhan dan kerajinan kamu." Orang tua itu mengeluarkan sekeping duit kertas yang bernilai RM 50 daripada kocek sebelah kanan dan diserahkan kepada cucunya.
Cucunya tadi yang kelihatan bermuram durja bertukar wajah menjadi ceria.
Fikir-fikirkan
Terdapat beberapa perkara yang cuba disampaikan oleh orang tua itu ialah baldi yang berlubang disangkakan tidak berguna tetapi sebenarnya baldi itu telah berjasa. Tanpa disedari oleh cucu orang tua itu, air yang diambil daripada telaga itu telah membersihkan baldi yang asalnya kotor.
Yang keduanya, jalan yang yang dilalui oleh cucunya sepanjang menjalankan tugasan mengangkat air itu telah bertukar menjadi bersih dan ceria. Ini kerana air yang keluar dari baldi itu secara tidak langsung telah menyiram kiri dan kanan jalan. Lantaran itu, tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan boleh tumbuh dengan subur.
Begitu jugalah dengan bacaan Al-Quran yang dilakukan setiap hari. Meskipun kita tidak memahami sepenuh maksud kandungannya, tetapi dengan bacaan Al-Quran yang dilakukan secara istiqamah dapat menyucikan jiwa kita yang kotor dan hitam.
Selain itu, membaca Al-Quran merupakan amalan kebaikan yang bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada kita tetapi juga kepada orang lain di sekeliling kita. Hal ini kerana Allah SWT sedia menurunkan rahmat kepada hambaNya yang sering melakukan ketaatan. Marilah kita membaca Al-Quran setiap hari di samping mengekalkan amalan menuntut ilmu untuk memahami dan menghayati isi kandungannya.

No comments:
Post a Comment