Seorang anak murid berjumpa dengan ustaz kerana ingin bertanya beberapa seoalan tentang nafsu. Persoalan yang telah lama terbuku dihati untuk dicari jawapan.
"Ustaz, kenapa Allah SWT jadikan nafsu kepada kita?"
"Nafsu itu adalah anugerah Allah SWT. Jika tiada nafsu tidak berkembanglah manusia di atas muka bumi ini."
"Bukankah nafsu itu boleh memusnahkan hidup kita kerana ia selalu mengajak kepada keburukan?"
"Kebanyakkan manusia mudah terikut dengan nafsu yang jahat atau ammarah. Sedangkan Imam Ghazali berkata nafsu ini banyak peringkatnya. Nafsu yang baik adalah nafsu mutmainnah."
"Oh, begitu. Apa ke dua-dua nafsu yang Ustaz cakap tu?"
"Sebenarnya penjelasan tentang nafsu ini sangat luas dan orang-orang yang mendalami serta menghayati ilmu tassawuf yang mampu menjawapnya dengan terperinci. Tetapi secara ringkasnya begini. Nafsu ammarah ialah nafsu yang sentiasa cenderung kepada kejahatan. Manakala nafsu mutmainnah pula adalah nafsu yang sering mengajak manusia kepada kebaikan."
"Bagaimana hendak kita pastikan diri kita berada dalam golongan bernafsu mutmainnah?"
"Orang yang memiliki nafsu mutmainnah adalah orang yang memiliki akal yang dipandu oleh Iman. Akalnya itu dapat mengawal nafsunya. Sedangkan orang yang bernafsu ammarah pula nafsu yang sering dihasut oleh syaitan yang mengawal akalnya."
"Sukar juga untuk faham."
"Memanglah, sebab itu kita disuruh menuntut ilmu. Jangan fikirkan kefahaman tentang sesuatu ilmu dahulu. Yang penting adalah usaha kita menuntut ilmu dahulu kerana kefahaman sesuatu ilmu datangnya dari Allah SWT. Apabila kita ikhlas menuntut ilmu. InsyaAllah Allah SWT akan memberi kita kefahaman."
"Dengan ilmu juga mudah untuk kita mengawal nafsu kita supaya meninggalkan kejahatan atau larangan Allah SWT." tambah ustaz lagi.
"Oh begitu, patutlah orang alim mendapat sanjungan tinggi dari Allah SWT dan Rasulullah. "
"Perkara yang kita bincangkan ini merupakan sedikit sahaja kelebihan menuntut ilmu. Banyak lagi kelebihan dan hikmah menuntut ilmu."
"Pergilah ke mana sahaja dibumi Allah SWT ini, jangan tinggal solat dan kekalkan menuntut ilmu."
Fikirkan
Nafsu kita merupakan anugerah Allah SWT yang tidak boleh kita hilangkan daripada diri kita. Meskipun kita berasa nafsu ini sangat mengganggu hidup kita sebenarnya ia amat berharga apabila kita berjaya mengawalnya menjadi nafsu mutmainnah.
Salah satu cara mendidik nafsu adalah dengan menuntut ilmu Allah SWT dan beramal dengannya. Moga kita terpelihara oleh Allah SWT.
Wallahu'alam.
Artikel berkaitan yang lainnya:
very nice and informative blog
ReplyDeleteterima kasih perkongsiannya. bermula dgn ilmu Allah. mudahan kita boleh menahan nafsu, jujurnya kadang2 kita agak sukar menahannya.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteTerima kasih Tuan Denai hati. semoga kita sama-sama berusaha
saya suka baca yang ni....mengawal nafsu mengajar kita erti kesabaran....
ReplyDelete