Assalamualaikum
Antara program yang saya suka tonton adalah Semanis Kurma kerana banyak maklumat dan tip-tip berguna yang di sampaikan oleh para tetamu dan hostnya.
|
Ustaz Wan Akashah dan Dato' Ustazah Nurbahyah |
Maklumlah saya sudah berkahwin dan anak ke 3 bakal lahir tidak lama lagi.
Rasanya, cabaran melayari alam rumah tangga semakin kuat.
Jadi, sebagai seorang ketua rumah tangga, penting bagi saya mempelajari ilmu-ilmu berkaitan rumah tangga.
Dan, salah satu tempat untuk mencari ilmu rumah tangga adalah melalui rancangan Semanis Kurma.
Biar apa pun persepsi orang terhadap program ini, sama ada positif atau negatif, saya peduli apa.
Pada saya, ada ilmu yang boleh dimanfaatkan dalam hidup kita. Biiznillah...
Ini salah satu program Semanis Kurma tajuk
Manja dan Mengada-ngada.
Program semanis kurma yang dahulu dihostkan oleh dua orang suami isteri ini iaitu Dato' Ustazah Nurbahyah dan Ustaz Wan Akashah, kini sudah berubah. Mereka tidak lagi menjadi host tetap.
Baik, hari ini saya bukan hendak bercerita tentang program Semanis Kurma itu, tetapi saya ingin berkongsi dengan 15 Tip Murah Rezeki Dato' Ustazah Nurbahyah.
15 Tip Murah Rezeki Dato' Ustazah Nurbahyah
- Membantu penuntut ilmu
- Membantu golongan orang miskin
- Hijrah cari pendapatan ke tempat lain
- Ingat Allah sentiasa
- Memperbanyakkan doa
- Bersyukur atas nikmat
- Bersungguh melakukan perkara yang harus
- Melibatkan diri dalam perniagaan
- Bersedekah secara istiqamah
- Menjalinkan hubungan silaturrahim
- Mengerjakan haji dan umrah
- Takwa kepada kepada Allah
- Beribadah kepada Allah dengan sebenarnya
- Beristighfar dan bertaubat
- Tawakkal dan usaha seringan
Penjelasan yang terperinci untuk meraih rezeki melimpah ruah sila baca --->>>
Formula Rahsia Melimpah Ruah.
|
15 Tip Murah Rezeki Dato' Ustazah Nurbahyah |
Ya, ini dia 15 Tip Murah Rezeki Dato' Ustazah Nurbahyah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita.
Kalau kita tidak mampu untuk mengamalkan semua 15 Tip Murah Rezeki Dato' Ustazah Nurbahyah, jangan tinggal semua.
Cuba amalkan sedikit-sedikit sehingga menjadi tabiat. Kata orang motivasi, sesuatu perbuatan yang dibuat berulang-ulang boleh jadi tabiat dan akhirnya menjadi sikap.
Artikel berkaitan yang lainnya:
dah lama saya x menonton semanis kurma ... mmg byk tips dan ayat2 quran yg kita blh amalkan di beri ustaz n ustazah .
ReplyDeleteya memang banyak tip yang berguna, kalau terlepas boleh tengok dalam youtube
Delete