Assalamualaikum
Sebagai seorang Islam, kita patut bersyukur kerana agama kita sudah mengajar cara yang terbaik untuk mencari rezeki yang halal dan diberkati.
Sejak dahulu sehingga ke hari ini, cukup banyak para ilmuan, tok-tok guru dan ustaz-ustaz yang membicarakan tentang rezeki.
Contohnya, sebelum ini saya sudah berkongsi dengan anda
Rahsia Rezeki Murah Oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu lagi tip atau amalan murah rezeki daripada Ustaz yang cukup terkenal zaman ini iaitu Ustaz Azhar Idrus.
|
Ustaz Azhar Idrus |
Amalan Murah Rezeki Ustaz Azhar Idrus
Untuk kali ini, satu amalan yang cukup terjamin dan mustajab untuk meraih rezeki yang murah adalah dengan bersedekah.
Bersedekah adalah suatu amalan yang cukup hebat dan ganjarannya juga hebat.
Pernahkah anda mendengar orang yang kebulur dengan bersedekah?
Ya, memang tidak ada.
Sebab apa?
Jawapannya sedekah adalah amalan yang dijamin oleh Rasulullah SAW bahawa tidak akan miskin orang yang bersedekah.
Bahkah, orang kafir yang rajin membuat kebajikan juga mendapat menfaat rezeki. Namun, mereka hanya merasa ketika di dunia ini sahaja.
Saya tidak berahajat mengulas panjang tentang hal ini kerana penjelasan yang mantap dan terperinci tentang amalan ini boleh anda dengar dengan teliti video di bawah ini.
Kalau anda tidak dengar memang rugi.
Apa yang Ustaz Azhar terangkan dalam video di atas baru satu amalan.
Kalau anda ingin tahu amalan yang lain ada banyak lagi dalam
Formula Rezeki Melimpah Ruah.
Lebih baik anda download
Formula Rezeki Melimpah Ruah. InsyaAllah, anda tentu teruja.
Artikel berkaitan yang lainnya:
bersedekah macam mudah..tetapi tak ramai yang sanggup buat
ReplyDeletebetul tu..sebab tu ganjarannya hebat
Delete