Assalamualaikum
Sebelum saya anda meneruskan bacaan untuk entri ini saya mohon maaf, jika ia agak berat.
|
Rezeki makan ABC |
Bukannya berat ditimbang secara fizial dalam kilogram atau paun tetapi berat untuk ditimbang dengan akal fikiran.
Namun begitu, saya sengaja menyuarakan isu ini kerana ia merupakan perkara yang penting bagi umat Islam.
Ia persoalan keIMANan.
Persoalan yang perlu kita faham terlebih dahulu sebelum mencari rezeki.
Betulkah Rezeki Ada Di Tangan Allah?
Berbalik kepada soalan di atas, saya rasa semua orang tahu jawapannya.
Memang kita tidak boleh menafikan bahawa 100% Rezeki memang di tangan ALLAH.
Habis tu, kalau sudah tahu jawapannya kenapa masih bertanya?
Sabar...sabar...
Isu yang ingin saya bincang kali ini sebenarnya BetulkahAnda Yakin Bahawa Rezeki ada di tangan Allah?
Ya, kebanyakkan umat Islam sering mendengar istilah "Rezeki ada di tangan Allah."
Tetapi, berapa orang yang betul-betul yakin bahawa “Rezeki ada di tangan Allah” .
Kalau kita tidak yakin bahawa "Rezeki ada di tangan Allah", maka terjejaslah keIMANan kita.
Nauzubillah...
Anda tahu apa tanda-tanda kalau kita tidak yakin dengan rezeki Allah? Jom baca selanjutnya.
Tanda-Tanda Tidak Yakin Dengan Rezeki Allah
Antara tanda-tanda hilangnya keyakinan bahawa rezeki ada di tangan Allah adalah:
Rezeki tergantung pada usaha manusia
Kita mungkin percaya bahawa rezeki hanya datang dengan usaha manusia. Tanpa usaha manusia langsung rezeki tidak akan sampai.
Rezeki itu tergantung pada akal
Sehingga kita percaya bahawa orang yang lebih pandai, maka sudah pasti rezekinya akan lebih banyak.
Rezeki itu tergantung kedudukan
Mungkin ada yang beranggapan bahawa orang yang lebih tinggi pangkatnya lebih banyak rezekinya berbanding orang bawahan.
Inilah contoh-contoh pemikiran khurafat dan tahayul yang berkembang dalam kalangan kaum muslimin jika keyakinan terhadap rezeki sudah pupus.
Akibat Tidak Yakin Dengan Rezeki Allah
Umat Islam menjadi umat yang materialistik dan cenderung menjadi orang yang bakhil.
Mereka takut menentang kezaliman dan tidak berani melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar kerana bimbang akan kehilangan kedudukan dan hartanya.
Jika mencari ilmu, belajar atau yang lain, juga tidak bertujuan untuk meningkatkan kualiti keimanan dan menjadi muslim yang taat serta bermanfaat, namun hanya semata-mata untuk meraih kenikmatan harta.
Sebab itu, tidak hairanlah kenapa pelajar-pelajar yang sudah mendapat yang dihajatkan daripada pembelajaran, proses belajarnya akan berhenti.
Semua pemikiran atau kepercayaan ini adalah debu-debu kotor yang harus dibersihkan dari jiwa kita sehingga kita betul-betul yakin dengan rezeki di tangan Allah SWT.
Apabila kita sudah yakin dengan rezeki Allah, hidup tidak akan susah.
Cukuplah perbincangan kita sampai di sini. InsyaAllah kita sambung lagi nanti.
Dapatkan --->>>
Formula Rezeki Melimpah Ruah kerana di dalamnya terdapat panduan yang ampuh bagaimana menjemput rezeki melimpah ruah dan yang penting diberkati Allah SWT.
Jom kita solat zohor berjemaah dulu.
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Betulkah Rezeki Ada Di Tangan Allah?"
Post a Comment