Assalamualaikum
Alhamdulillah, awal bulan ini saya dapat komisyen daripada
Ashadee.
|
Rezeki makan asam pedas |
Ya, rezeki Allah SWT tidak pernah putus. Kalau saya tidak pandai bersyukur lagi, memang buruklah perangai saya.
Astaghfirullahal'azim...
|
klik banner ini |
Baik.
Dalam bab mencari rezeki, abah saya selalu pesan, "
Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT"
Saya mengangguk sahaja kata abah, tetapi dalam hati tertanya, a
pa maksud sebenar dengan rezeki yang berkat?
Adakah rezeki yang berkat itu, duit yang banyak?
Adakah rezeki yang berkat itu, harta melimpah-melimpah ruah?
Adakah rezeki yang berkat itu, kehidupan yang mewah?
Itulah beberapa soalan yang terbuku dalam hati saya suatu ketika dahulu apabila memikirkan maksud
rezeki yang berkat.
Namun, persoalan rezeki yang berkat terjawab dengan jelas setelah saya terjumpa video klip Ustaz Azhar Idrus ini.
Barangkali, ramai juga yang kurang jelas maksud rezeki yang berkat kan?
Jangan tunggu lagi! Jom tengok sendiri penjelasan Ustaz Azhar Idrus.
Apakah Tanda Rezeki Kita Berkat? Ustaz Azhar Idrus Menjawab
Tanda Rezeki itu berkat - Ustaz Azhar idrus
Posted by Denaihati Network on Wednesday, July 29, 2015
Sebelum kita mendapat rezeki yang berkat, kita perlu faham dahulu apa maksud berkat?
Erti Rezeki Yang Berkat
Berkat berasal daripada perkataan Arab iaitu 'barokah'.
Maksud berkat adalah bertambah perkara-perkara kebajikan.
Untuk mudah faham, rezeki yang berkat dapat dilihat dengan mengira berapa banyak kebajikan yang boleh kita buat hasil daripada pendapatan yang kita terima.
Contohnya, gaji RM 2000 sebulan. Berapa ringgit yang dapat kita dermakan untuk masjid?
Kita tidak perlu menghukum orang lain. Cukup dengan mengukur diri sendiri.
Contoh / Tanda Rezeki Yang Berkat
Seorang yang hanya bekerja sebagai seorang posman tetapi dia sudah boleh pergi ke mengerjakan umrah sebanyak 6 kali.
Kerja sebagai
office boy sahaja, tetapi malam-malam boleh pergi masjid.
Contoh / Tanda Rezeki Yang Tidak Berkat
Seorang yang berpangkat pengarah (bergaji besar) tetapi kerja umrah sekalipun belum pergi lagi.
Seorang yang berpangkat ketua pengarah tetapi hanya mampu pergi masjid ketika hari raya sahaja.
Salah Faham Tentang Rezeki Yang Berkat
Ramai yang menganggap rezeki yang berkat adalah bisnes berjaya atau bergaji besar.
Kalau penilaian berkat berdasarkan kejayaan bisnes dan bergaji besar orang bukan Islam pun ramai yang berjaya dalam bisnes dan bergaji besar. Contohnya tokey Sunway Lagoon dan Genting Highland.
Jangan lupa dapatkan panduan
Formula Rezeki Melimpah Ruah dan Berkat dengan hanya klik link di bawah ini:
Semoga kita mendapat rezeki yang berkat.
Jom makan asam pedas! Sedap ooo...
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Apakah Tanda Rezeki Kita Berkat? Ustaz Azhar Idrus Menjawab"
Post a Comment