Barangkali, kita seringkali merasakan sempitnya cara mencari rezeki. Malahan ada hanya menunggu rezeki sahaja tanpa berikhtiar mencari rezeki.
Kalau anda berfikiran sebegini. Ubahlah sekarang kerana usaha
menjemput rezeki Allah SWT adalah kewajiban setiap mahluk.
Berdoalah dan berusahalah tanpa perlu berebut-rebut kerana Rezeki Allah SWT di atas muka bumi ini teramat luas.
Apabila kita sudah berdoa dan berusaha. Jangan wujud rasa ragu-ragu dengan rezeki Allah kerana setiap makhluk sudah ada rezeki kita.
Cumanya, kita tidak tahu dimana, apa dan bagaimana rezeki yang telah Allah SWT sudah tetapkan kepada kita.
Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana kita
Mendapat Rezeki Daripada Allah SWT menurut al-Quran.
|
Rezeki Minum Air Kelapa |
Al-Quran Jelaskan Cara Kita Mendapat Rezeki Daripada Allah SWT
Rezeki Adalah Jaminan Allah SWT
Ini adalah peringkat pertama. Allah SWT memberi kita rezeki sihat, makan, minum dan lain-lain lagi kepada seluruh makhluknya.
Rezeki ini berada pada tingkat paling rendah. Anda boleh rujuk surah Hud Ayat 6.
|
ayat rezeki |
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di
bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui
tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di
dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang
berkenaan). (Hud:6)
Rezeki Allah SWT Sesuai Dengan Apa Yang Diusahakan
Allah SWT itu Maha Pengasih atau bersifat Ar Rahman. Dia mengurniakan rezeki kepada setiap manusia tidak kira muslim atau kafir mengikut apa yang diusahakan.
Contohnya kalau dia usaha bersungguh-sungguh, maka banyaklah yang dia dapat. Boleh lihat terjemahan surah An-Najm ayat 39.
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;( An-Najm:39)
Rezeki Yang Bertambah Kepada Yang Bersyukur
Ini adalah rezeki yang disayangi Allah SWT. Orang yang pandai bersyukur akan mendapat rasa kasih sayang Allah SWT. Itu janji Allah SWT.
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi
sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya
azabKu amatlah keras". (Ibrahim :7)
Rezeki Istimewa Yang Tidak Disangka-Sangka
|
Doa rezeki |
Peringkat rezeki yang ke empat ini adalah rezeki yang istimewa.Rezeki yang Allah SWT berikan kepada adalah dari arah yang tidak disangka-sangka.
Mungkin disaat seseorang berada dalam keadaan yang memerlukan, tiba-tiba sahaja sampai rezeki. Dengan syarat bertakwa kepada Allah.
Rezeki ini akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang bertakwa. Allah SWT berikan rezeki ini karena kecintaan Allah SWT kepadanya.
Sebab itu, tidak hairanlah orang yang nampak seolah-olah bekerja biasa-biasa sahaja, tetapi rezekinya melimpah ruah.
Oleh itu, marilah kita tingkatkan iman dan takwa melalui ibadah kita kepada Allah SWT. Berusahalah bersungguh-sungguh dan yakinlah bawaha rezeki dari Allah SWT.
Peringatan untuk diri sendiri!!
Semua rezeki yang kita peroleh adalah dari Allah SWT yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kita di benarkan hidup di
dunia ini juga adalah di atas belas kasih dan sayang Allah SWT.
Bagaimanalah ingin kita membalas kasih sayang Allah kepada kita?
Artikel berkaitan yang lainnya:
Belum ada komen untuk "Al-Quran Jelaskan Cara Kita Mendapat Rezeki Daripada Allah SWT"
Post a Comment