Hari ini saya ingin kongsi dengan anda perkara yang agak berat yang sepatutnya kita fikirkan setiap hari.
Peringatan ini bukan untuk anda sahaja, tetapi terlebih utama untuk diri saya sendiri.
Sebab itulah saya amat menggalakkan anda merujuk Panduan Mendapatkan Rezeki Yang Banyak Tetapi Berkat.
Janganlah sekali-kali makan atau mencari rezeki yang haram kerana kesannya amat teruk. Jom tengok 5 Kesan Daripada Rezeki Haram.
5 Kesan Daripada Rezeki Haram
#1. Keimanan Semakin Luput
Orang yang mendapatkan rezeki secara haram. Imannya akan terganggu.
Seterunya, dia tidak rasa segan untuk melakukan kemungkaran dan maksiat. Na'uzubillah.
Hal ini memang dinyatakan oleh Rasululllah SAW. Cuba anda rujuk sebuah hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
Tidaklah peminum arak, ketika dia meminum arak termasuk seorang mukmin (H.R. Bukhari Muslim)Apabila hilang iman, layakkah kita hidup di atas dunia ini?
#2. 40 Hari Amalan Ditolak
Cuba bayangkan sekejap. Anda seorang yang tidak lemah dalam melakukan ibadah, kerap melakukan infak dan pelbagai amalan kebaikan.
Namun, anda hidup dan berkembang dengan rezeki yang haram. Ibadah itu akan tertolak selama 40 hari.
Hal ini bukan omong kosong tapi ia dirujuk kepada Hadits Rasulullah SAW yang bermaksud:
... Dan demi jiwaku yang ada di tanganNya, sungguh jika ada orang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya maka tidak akan diterima amalnya selama 40 hari dan seorang hamba yang dagingnya tumbuh dari hasil menipu dan riba, maka neraka lebih layak baginya (H.R.Thabrani)
Ketika kita makan makanan halal pun belum tentu amalan kita diterima Allah SWT apatah lagi, amalan dari rezeki yang haram.
#3. Hilangnya Keberkatan Rezeki
Nilai keberkatan harta bukan ditentukan oleh jumlahnya tapi oleh cara perolehannya dan cara pembelanjaannya.
Hal ini akan ditimbang di akhirat nanti. Cuba anda baca terjemahan Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 275 di bawah ini:
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
Hidup pasti susah kalau hilang keberkatan.
#4. Kekal di neraka.
Rujuk terjemahan Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 275 juga, Allah SWT berfirman bahawa orang yang mengulangi perbuatan mengambil riba maka tempatnya di neraka.
Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
5. Hati Jadi Keras
Imam Ahmad ra pernah ditanya oleh seseorang, apa yang harus dilakukan agar hati mudah sabar? Beliau menjawab, "dengan memakan makanan halal".
Hati yang keras sukar mendapat hidayah dan payah melakukan amal kebajikan.
Langkah Penyelesaian
Oleh itu, jagalah diri dan keluarga agar terhindar dari rezeki yang haram dengan :
- Tuntutlah ilmu dan beramal seperti yang terkandung dalam Panduan Mendapatkan Rezeki Yang Banyak Tetapi Berkat.
- Berdoa agar Allah SWT sentiasa pelihara diri kita dan keluarga.
- Tidak mencari rezeki kecuali dengan jalan halal / yang dibolehkan agama. Sedikitpun tak apa-apa yang penting berkah.
- Tidak memakan makanan dan minuman yang diharamkan Allah. Periksalah selalu makanan yang anda makan, pastikan kehalalannya. Jika diragukan kehalalannya sebaiknya jangan dimakan atau diminum.
- Tidak membelanjakan rezeki halal di jalan yang haram. Seperti membeli narkoba, membeli senjata untuk membunuh orang, membeli motor untuk dijadikan kendaraan aksi kejahatan .
Sebagai hamba Allah SWT. Kita perlu akur yang diri kita memang lemah. Jadi, marilah kita berselawat dan berdoa agar sentiasa dirahmati dan dilindungi dari perkara haram.
No comments:
Post a Comment