Di bulan Syawal yang penuh dengan keberkatan. Kita di sunatkan berpuasa selama enam hari. Amalan ini merupakan kesinambungan kita berpuasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.
Cabaran berpuasa di luar daripada bulan Ramadhan memang mencabar. Ini kerana tidak semua orang di sekeliling kita yang turut sama berbuasa. Tambahan pula, banyak majlis rumah terbuka dan kenduri di adakan. Oleh kerana itu, Allah SWT menganugerahkan ganjaran yang berlipat kali ganda bagi mereka yang sanggup berpuasa sunat. Mudah-mudahan Allah SWT menerima amalan kita.
Untuk menggalakkan pelajar-pelajar berpuasa sunat enam hari di bulan syawal, sebuah sekolah berasrama penuh telah menukar jadual waktu makan di kantin. Waktu makan tersebut hanya belangsung selama enam hari di mana dewan makan hanya akan dibuka sebelum waktu subuh dan ketika hampir waktu maghrib.
Alhamdulillah, ini merupakan suatu usaha murni untuk menggalakkan anak muda melakukan amal ibadah. Ahmad dan Halim merupakan pelajar tingkatan enam yang sedang belajar di sekolah tersebut. Mereka tinggal sebilik di asrama putera. Ahmad dah Halim turut menyahut saranan pihak sekolah dengan berpuasa sunat juga.
Tatkala hendak masuk waktu solat asar.
"Halim, mari kita ke surau. Sekarang sudah hampir masuk waktu asar"
"Kamu pergilah dulu, aku penatlah. Puasa ni."
Ahmad terus melangkahkan kaki keluar dari bilik asrama menuju ke surau untuk bersolat secara berjemaah. Halim pula masih terbungkang di atas katil kerana kepenatan berpuasa kononnya.
Usai solah asar, Ahmad balik ke bilik dan mendapati Halim masih belum tidur. Dia pun cuba mengejutkan Halim tetapi tidak berjaya.
Sehinggakan jam sudah menunjukkan pukul 6.45 petang baharulah Halim bangun dan bersolat dalam keadaan tergopoh gapah. Itupun setelah Halim berusaha kejutkan Ahmad beberapa kali.
Waktu maghrib pada hari tersebut akan masuk pada jam 7.31 malam. Tiga puluh minit sebelum azan maghrib mereka berdua berjalan ke kantin untuk membeli juadah berbuka puasa. Halim begitu teruja untuk berbuka puasa. Dia membeli beberapa jenis kuih muih, mee goreng, nasi lemak, keropok lekor, air kelapa, air bandung dan mertabak.
Setelah azan maghrib berkumandang, Halim mengeguk air kelapa dan makan ke semua makanan yang dibelinya tadi. Ahmad yang berada di hadapannya terdiam sambil menikmati juadah yang dibelinya.
"Alhamdulillah...syukur kita dapat berpuasa pada hari ini." Halim bersuara dalam keadaan bersandar di atas katilnya. Perutnya penuh dengan makanan. Dia begitu kekenyangan.
"Halim, mari kita ke surau. Masih sempat untuk bersolat maghrib berjemaah di surau"
"Kamu pergilah dulu, aku tidak boleh hendak bangun ni."
Fikir-fikirkan
Berpuasa sunat dan bersolat berjemaah merupakan amal ibadat yang dituntut ke atas diri kita. Namun, dengan kebijaksanaan syaitan kadang-kadang kita mudah termakan dengan hasutannya yang sentiasa berusaha untuk memesongkan kita. Dia akan berusaha seribu upaya untuk menyesatkan kita, meskipun menggunakan alat yang berbentuk kebaikan.
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama berdoa dan berusaha melakukan amal kebajikan dengan penuh ikhlas agar tidak tertipu dengan hasutan syaitan. Tuntutlah ilmu supaya Allah SWT memperlihatkan kepada kita jalan kebenaran dalam melakukan amal ibadat.
Astaghfirullahal'azim. Wallahualam.
Artikel berkaitan yang lainnya:
lawan jangan tak lawan~ :)
ReplyDeleteTerima kasih diatas kunjungan Tuan
ReplyDelete