Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya percaya, ramai yang sudah maklum bahawa Rezeki kita sudah dijamin Allah SWT.
Untuk menguatkan kenyataan ini, cuba anda baca terjemahan surah Hud ayat 6 ini
" tidak ada satu haiwan melata pun di atas muka
bumi kecuali Allah menjamin rezekinya."
|
rezeki asam pedas |
Begitu hebatnya kuasa Allah SWT.
Sebab itulah, tidak mungkin si A itu boleh mengambil atau mendapatkan rezeki kecuali yang telah ditakdirkan untuknya.
Dan, tidak akan mungkin si A mengambil rezeki yang telah ditetapkan Allah untuk si B.
Tetapi ada juga orang yang bertanya, mengapa Kenapa Perlu Mencari Rezeki Lagi Kalau Memang Sudah Ditetapkan?
Kenapa Perlu Mencari Rezeki Lagi Kalau Memang Sudah Ditetapkan?
Rezeki Perlu Diusahakan
Baik! sebelum itu saya ingin tanya anda kalau anda ini makan dan makanan sudahpun terhidang di meja makan di depan anda.
Bolehkah anda tunggu makanan itu masuk ke dalam mulut anda dengan sendirinya?
Mesti anda perlu usaha menggunakan tangan atau sendok untuk memasukkannya ke dalam mulut.
Itu guna logik akal sahaja.
Tetapi jawapan yang sebenar ada dalam al-quran surah Jumuaah ayat 10 yang mana Allah SWT menyuruh kita bertebaran di muka bumi ini mencari rezeki.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung." (Q.S Al Jumu'ah : 10).
Selagi mana kita ikhlas dan mahu bekerja keras, insyaAllah rezeki pasti datang menyusul.
Rezeki yang kita dapat memang sesuai dengan keperluan bukan keinginan.
|
kata hasan al basri |
Rezeki yang diberikan oleh Allah harus dinikmati dengan sewajarnya. Bersyukurlah saat menerima rezeki berlebih dan tidak mengeluh jika rezeki rasa kurang.
Ini kerana Rezeki yang diberi Allah kepada setiap orang adalah sesuai keperluan hidupnya bukan sesuai dengan keinginannya.
Allah SWT Maha Mengetahui. Dia tahu keperluan kita.
Kita ini lemah. Keinginan kita tidak terbatas dan belum tentu apa yang kita inginkan itu lebih baik.
Hidup itu sendiri adalah anugerah, kesihatan dan kebahagiaan adalah berkah. Dengan memiliki kedua hal tersebut kita wajib bekerja keras dan memberi manfaat kepada orang lain.
Memang Rezeki harus dicari tapi bukan dikejar sampai setengah mati
Walaupun kita dituntut mencari rezeki tetapi berpada-padalah mengikut keperluan hidup kita. Cuba baca terjemahan Al-Quran di bawah ini.
"Dan apa saja yang diberikan Allah kepada kamu maka itu adalah kenikmatan hidup duniawi dan perhiasannya sedang apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal." (Q.S. Al Qashash:60).
Akhirat adalah tujuan utama kita. Jika mengejar rezeki dalam hal dunia seperti harta kekayaan tanpa rasa takut pada Allah.
Malah sanggup menghalalkan segala macam cara maka rezeki itu akan menjadi haram, tidak berkah dan berbalik menyerang pemiliknya menjadi bencana, penyakit maupun dosa.
Boleh mencari Rezeki tetapi gunakan ke jalan Allah
Tidak salah mengejar rezeki dunia sebanyak-banyaknya tetapi gunalah di jalan Allah.
Semakin banyak rezeki yang kita dapat memberi peluang untuk kita bersedekah kepada orang lain yang lebih ramai.
Mungkin ada hak orang lain dalam setiap rezeki kita.
Kejar rezeki untuk masalah diri dan umat, semua itu akan lebih mulia di sisiNya.
Rezeki yang berkat didapat melalui jalan yang diredhai Allah. Biar sedikit tapi berkat daripada melimpah tetapi membawa kita ke neraka.
Jangan berlebihan mencintai harta benda
Jika kita termasuk orang yang diberi rezeki kekayaan yang melimpah dari Allah SWT, maka cintailah kekayaan itu sekadar sahaja.
Ini kerana semua itu hanya pinjaman dari Allah SWT, sehingga kita dapat sentiasa bersyukur atas rezeki yang diperoleh dan sabar jika diambil oleh Pemiliknya.
Adalah hal yang mudah bagi Allah untuk mengambil semua nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita.
Yang pasti seorang manusia tidak akan dicabut nyawanya melainkan sudah disempurnakan rezeki yang telah ditakdirkan untuknya.
Belum ada komen untuk "Kenapa Perlu Mencari Rezeki Lagi Kalau Memang Sudah Ditetapkan?"
Post a Comment